CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pesara Guru Sakit Buah Pinggang Terjerat Cinta Siber ‘Mek Salleh’

6-10-2020 01:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2555| Komen: 4

Pesara guru lelaki menjadi mangsa jenayah sindiket Love Scam hingga kerugian RM10,400.

Sinar Harian melaporkan, lelaki berusia 60 tahun itu bermain cinta dengan wanita mengaku dirinya 'mek salleh' dari England yang dikenalinya menerusi Facebook pertengahan bulan lalu.


Gambar hiasan

"Dua bulan lalu, anak mangsa memuat naik status di laman sosial untuk mendapatkan sumbangan orang ramai bagi membeli sebuah mesin mencuci buah pinggang dan membiayai kos rawatan penyakit dihidapi mangsa yang mencecah RM100,000," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) negeri, Superintendan Ahmad Azizul Mohamed.

Tidak lama kemudian, mangsa berkenalan dengan suspek yang mendakwa bekerja dengan sebuah syarikat minyak antarabangsa terkenal dan menetap di Amerika Syarikat (AS).

Justeru, wanita itu kononnya mentatakan kesudian menghulurkan sumbangan kepada mangsa yang berstatus suami orang itu.


“Pada 21 September lalu, mangsa menerima panggilan telefon daripada suspek yang memperkenalkan diri sebagai pegawai bank tempatan di ibu negara menyatakan ingin membuat pengesahan berkaitan transaksi pindahan wang oleh kenalan wanita berkenaan dari sebuah bank luar negara ke akaun bank mangsa,” tambahnya.

Mangsa kemudian membuat bayaran kos pertukaran mata wang daripada dollar AS ke Ringgit Malaysia berjumlah RM10,400 ke akaun bank tempatan milik individu pihak ketiga yang didakwa sebagai ejen kepada bank luar negara di Malaysia.

"Mangsa hanya tersedar ditipu setelah suspek masih lagi meminta bayaran.

“Mangsa mengesyaki wang RM100,000 bantuan kewangan tersebut juga tidak wujud dan bertindak membuat laporan polis kelmarin,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan boleh dipenjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 6-10-2020 02:04 PM
Bukan mainnnnnnnnn..nak apam pink dah 60an punnnnn.
Quote helicornia 6-10-2020 10:49 PM
tkde plak dlm berita tu ckp main cinta. minah saleh tu kontek dia sbb kononnye nk bg bantuan utk ank yg sakit buah pinggang
Quote husna_amal 7-10-2020 09:59 AM
Mudahnya ditipu. Makin menjadi2 scamer ni.
Quote cheekylala 7-10-2020 04:32 PM
desperate nya lahai orang tua ni

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.166305 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top