CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kenapa Seolah Terkapai Di Bumi Sendiri? - Peguam Persoal Survival Skill Pelajar IPT

7-10-2020 11:53 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 7421| Komen: 42|Original author: Oleh: natrahn


Kes COVID-19 di Malaysia yang makin meningkat akhir-akhir ini menyebabkan penangguhan pendaftaran bersemuka penuntut baharu dan lama ke kampus yang dijadual bermula bulan ini.

Pengumuman saat-saat akhir oleh Kementerian Pengajian Tinggi penangguhan tersebut telah mengakibatkan sebahagian besar pelajar tersadai di asrama dan rumah sewa masing-masing.


Kredit foto: Menteri Pengajian Tinggi ,YB Dato??? Dr Noraini Ahmad - Ihsan Google

Malah, ada juga yang kerugian kerana telah membeli tiket pengangkutan awam termasuk tiket kapal terbang untuk pendaftaran kemasukan semula pengajian mereka.

Akibatnya, ada dalam kalangan besar pelajar terpaksa mengikat perut untuk meneruskan kelangsungan hidup akibat tidak cukup wang kerana ramai di kalangan ibu bapa mereka terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Atas inisiatif pelbagai pihak, para pelajar yang terjejas ini telah dibantu dari pelbagai segi seperti bantuan berupa pengangkutan untuk pulang ke kampung halaman, bantuan makanan, bantuan kewangan dan lain-lain lagi. Syukurlah.


Kredit foto: Ustaz Ebit Liew antara individu bantu sediakan pengangkutan percuma untuk pelajar terjejas - Ihsan Google

Namun, bagi peguam Asiah Abd Jalil menerusi hantaran Facebooknya mempersoalkan survival skill para pelajar ini.


Loading FB Post...

Mereka terkandas di negara Malaysia, kenapa seolah-olah terkapai-kapai di bumi sendiri? Di mana survival skill anak-anak muda kita?

Kredit foto:

Hantaran ini mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang bersetuju dengan Asiah dan ada yang berpendapat sebaliknya.

Budak manja


Majoriti anak sekarang terlalu bergantung pada ibu bapa


Keadaan berbeza kerana PKP...

Survival skill mereka memualkan


Banyak perkara tak boleh buat sekarang sebab pandemik...


Kredit foto: Facebook Asiah Abd Jalil

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Cara setiap orang menangani krisis pasti berbeza ditambah pula dengan faktor-faktor sekeliling mereka.

Kadang-kadang, kita tak berada di dalam kasut seseorang tu memang mudahlah kita nak menghukum. Kita tak boleh ukur situasi orang lain dengan nasib kita.

Apapun, sekiranya benar pelajar ini manja, harapnya pihak berwajib bantulah pelajar ini kuatkan jati diri mereka kerana golongan muda adalah masa depan kita. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote awanysss 7-10-2020 12:02 PM
setujuuu. cuma yg sabah sarawak tu mungkin kesian la sbb flight mahal..

tp kalau aku kat tempat budak2 tu pun sakit hati.. dah berabis duit pegisana, tiberr kena balik semula.. sia2 la duit family aku..

tp budak2 ni punya cry for help aku rasa faktor politik and media sosial.. nak join the hype.. last last nnti masa nak carik keje menggelepur takde social skill..
Quote mejaputih 7-10-2020 12:05 PM
survival skill...
Quote fair_iza 7-10-2020 12:08 PM
Pelajar 1st year baru nk daftar logik lah gelabah bila datang uni kena halau. Itupun a few uni shj, uni lain aman2 je 1st year lapor diri kat hostel. Yg pelik nya student 2nd year dan ke atas. Tumpang sekaki juga. Dah tahu nak masuk uni mesti accommodation dah ada.
Quote ~boolean 7-10-2020 12:21 PM
budak2 zaman sekarang memang banyak merungut, banyak songeh...

tapi dalam kes ini puncanya dari kpt...aku yang tua bangka pun merungut dek kebodohan pihak kpt..menyusahkan pelajar, menyusahkan ibu bapa pelajar...

dan yang merungut dalam twitter/media sosial jumlahnya tak ramai pun berbanding jumlah pelajar satu malaysia...tapi kalau hidup kau bertuhankan media sosial, kau rasa ramailah yang merungut sebab dunia kau cuma online..bawa2 lah bergaul dengan budak2 di alam realiti, ramai saja yang pandai berdikari dan buat part-time untuk tampung hidup di universiti..

staf aku dua orang buat part-time, tahun ketiga universiti..ulang-alik naik bas..duit katanya buat tampung rumah sewa dan minum starbucks.. lantak dia, duit dia..yang penting muda2 dah pandai cari duit..
Quote RatuDunia94 7-10-2020 12:22 PM
Edited by RatuDunia94 at 7-10-2020 12:24 PM

Masuk U sebab apa? Sebab ikut kawan2 lain masuk U jugak?? Malu kalau abis sekolah terus kerja x sambung belajar? Sedangkan kawan2 sebaya melaram dekat u? Malu bila sedara mara tanya kenapa x sambung belajar?? BULLSHITTT.. masuk U kalau setakat untuk MASUK U the ambik course ngarut2 x payah lah.. membazir masa 3-4 tahun je.
Abis U end up menganggur.. x boleh nk compete dgn job hunter2 yg berlambak kat pasaran.. dah la berhutang dgn PTPTN. end up gaji sama je dgn yg x masuk U..  kena ubah mind set!
Quote lil_honey 7-10-2020 12:33 PM
errmm..tatau nak kata cam ne, budak yang manja, atau ibu bapa yang manja kan diorang.
tapi bab bila g outing, pandai pulak diorang survive. nak lavishkan lifestyle pandai gak survive.
Quote PEPPERMAN 7-10-2020 12:38 PM
"halau" tu istilah yang netizen viralkan

aku tak fikir pun pihak U halau, tambah2 budak baru

kalau suruh balik pun, tentu mereka ada ihsan bagi masa untuk budak2 kontek penjaga
Quote depresio 7-10-2020 12:38 PM
Aku follow n suka asiah ni
Cuma kali ni aku kurg setuju dengan dia

Zaman dulu ko terkapai ke apa pon bukan musim covid
Masjid pon tutup sekarang

So keadaan tak sama lansung..
Quote brego 7-10-2020 12:39 PM
Edited by brego at 7-10-2020 12:42 PM

budak2 sekarang mmg ramai takde survival skill, manja nau.

aku pernah homeless tido kat opis selama 5 tahun secretly
nak save duit punya pasai
time tu kekadang rasa macam Tom Hanks dalam filem The Terminal
Quote depresio 7-10-2020 12:41 PM
Aku follow n suka asiah ni
Cuma kali ni aku kurg setuju dengan dia

Zaman dulu ko terkapai ke apa pon bukan musim covid
Masjid pon tutup sekarang

So keadaan tak sama lansung..


Lagi satu yang kata anak bayk dpendent ngan mak bapak nak gelak je aku

Ko tau tak nilah hasilanya mak bapak hanya tau beranak je..
Budak2 ni besar sendiri
Duit belajar pon ramai tak mampu bagi kalau xsebab anak dapt ptptn

Ada mak bapak duit ptptn anak pon sebat untuk diri sendiri
Nak gelak je aku baca yg beria kutuk bebudak ni konon manja
Padahal mak bapak xaman skrg mmg ramai yg xlayak jadi mak bapak
Tahu beranak ja
Quote lola0311 7-10-2020 12:42 PM
Nak tnya sikit terkandas tu cmne. Masuk asrama kene halau ke? Kalau mcm tu munasabh lah tp kalau kalau dtg n bas bole jenkot cri tiket bas otspot lebih2 lagi waktu skrg. Bas byk je kosong.

Tp ak rase pihak uni mesti bagi masa kan tumpang tido sari dua.
Lagipon bukan ke awal2 semester duit pinjaman ke biasiswa ke dh masuk. Awl sem lah siswa siswi ni kaya melaram. Eleh mcm xtahu
Quote sarah82 7-10-2020 12:57 PM
Aku baca.. Tak apa.. Peguam ni komen takkan ada kutukan
Quote sarah82 7-10-2020 12:57 PM
brego replied at 7-10-2020 12:39 PM
budak2 sekarang mmg ramai takde survival skill, manja nau.

aku pernah homeless tido kat opis sela ...

Tu diaaa.. Gigih sungguh..
Quote putericahaya999 7-10-2020 01:02 PM
Kenapa serang pelajar pula
Serang la kpt yg berubah2 x tetap pendirian
Quote ninja boy 7-10-2020 01:05 PM
brego replied at 7-10-2020 12:39 PM
budak2 sekarang mmg ramai takde survival skill, manja nau.

aku pernah homeless tido kat opis sela ...

Aku pun pernah gak tapi sekejap2, bukan sbb jimat,  sbb byk kerja ofis x payah balik rumah
Quote Boomibulat 7-10-2020 01:06 PM
Jap lg ade la yg rasa nak bunh diri tu..
Quote brego 7-10-2020 01:16 PM
ninja boy replied at 7-10-2020 01:05 PM
Aku pun pernah gak tapi sekejap2, bukan sbb jimat,  sbb byk kerja ofis x payah balik rumah

aku memang pilih nak tido kat opis,
sebab selalu balik malam, leka layan internet laju kat opis
balik pulak utk tido jer, lepas jam 10-11 baru balik.

enviroment pun mengizinkan utk aku tido kat opis,
sebab ada bilik sendiri yang besau, siap ada partition lagi,
toilet pun agak privacy, boleh mandi kalau nak.
duduk floor atas yang orang jarang lalu.
so line clear di situ.

yang positip nya work performance bertambah bagus sejak berkampung di opis.
memang dah life nya di situ.

tapi naseb baik tak jumpa hantu kat sana.
cuma kekadang security guard terkejut nampak aku macam tengok hantu,
merayap di opis pegi toilet semua waktu awal pagi jam 1 - 3 pagi
kekadang terserempak kat lift nampak aku tercegat depan pintu sambil tersengih pada pak guard
Quote hyie 7-10-2020 02:15 PM
what do u expect dengan pemikiran umur bbnu? diorang belum matang sepenuhnya. Iols yakin jah pihak U memasing dah umum awal (walaupun sehari awal) kat fb atau sms atau apa sahaja medium berkaitan. Pastu Uni bukan menghalau, tapi menyarankan...kalau kau kena halau, kau cari la hotel terdekat ke, atau duduk je memana dulu even kat bus stand ke apa...ni sejenis tak rangka pelan A, pelan B, etc etc sebelum buat sesuatu. Dah tau kes covid-19 naik mencanak, mestilah dah boleh fikir dan agak akan ada isu bla3...hello? budak U kan wajib ambik paper pemikiran kritis...SO? dia mesti ada pro n cons jua lah...tak perlu salahkan KPT 100% pun...kau pun kena belajar berdikari juga...kecuali kalau dia memang dah tiada pilihan macam latar belakang keluarga miskin/susah etc etc...
Quote hyie 7-10-2020 02:18 PM
lola0311 replied at 7-10-2020 12:42 PM
Nak tnya sikit terkandas tu cmne. Masuk asrama kene halau ke? Kalau mcm tu munasabh lah tp kalau kal ...

tak silap duit ptptn/jpa/mara apa semua masuk lambat sis...tak pastilah sekarang ni duit masuk awal sebelum bukak sem ke apa...meols dulu pernah la dapat masa dah lepas pertengahan sem...semua orang merintih hiba gaytohhhh

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.561273 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top