CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Meninggal Ditumbuk Dan Dihempas Bapa Ke Pintu

6-10-2020 06:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4868| Komen: 21

Polis di Bandar Hitachinaka di wilayah Ibaraki menahan seorang lelaki selepas disyaki menyebabkan kematian bayi perempuan berusia sebulan.

Japan Today melaporkan, Sho Onuma, 28, ditahan pada Isnin mengaku menghempas anaknya itu ke pintu dan menumbuk perutnya kerana stres mangsa tidak berhenti menangis.


Suspek bagaimanapun menafikan bertindak demikian dengan niat membunuh bayi itu.


Gambar hiasan

Kejadian berlaku antara 15 dan 23 Julai di rumah yang didiaminya bersama anaknya, Maika dan isteri berusia 24 tahun.

Polis mendakwa, Onuma mencengkam leher baju Maika dan menghempas bayi itu ke pintu bilik air dan pintu gelongsor (sliding door). Kemudian, apabila mangsa sedang tidur, suspek menumbuk perut dan dadanya.

Apabila menyedari bayi itu dalam keadaan tidak sedarkan diri pada 23 Julai, pasangan itu membawa anak mereka ke hospital sebelum mangsa disahkan meninggal dunia pada keesokannya.


Berikutan itu, doktor menghubungi polis melaporkan kemungkinan bayi itu didera dengan teruk.

Sebaik suspek ditahan, isterinya mengakui kepada polis bahawa dia menyedari perbuatan suaminya, namun tidak mampu menghalang lelaki itu. - CARI

Bagus
4

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (7 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ditepi_pantai 6-10-2020 06:10 PM
Lagi sekali. Jepun.
Quote sarah82 6-10-2020 06:39 PM
Baby kot.. Tapi betul la.. Yg kerajaan jepun takut after post covid-19.
Quote ChildrenOfBodom 6-10-2020 06:42 PM
Land of the rising son of a bitches
Quote Fatimah.Timah 6-10-2020 06:58 PM
Bapa kena digantung sampai mati
Quote arm_band 6-10-2020 07:22 PM
wah mendunia di porem eh jepun sekarang ni
Quote Knowlee 6-10-2020 08:28 PM
Sebulan woi!!!! Baru umur sebulan!!! Si jongos patut kena kasi supaya berhenti membiak. Eloklah budak tu mati drpd membesar dgn bapak bodoh mcm tu.
Quote mamajawie 6-10-2020 09:10 PM
Lately byk tol kes bunuh dari Jepun..betul2 stres penangan covid ea?Allahuakbar. {:cryrun
Quote any42 6-10-2020 09:15 PM
ksiannya baby
Quote Hikaripinky 6-10-2020 09:25 PM
Mmg takde hati perut!!!
Quote jue10 6-10-2020 09:45 PM
Eh Babi!!! Baby tu dh TDo ko tumbuk dia btpe musibat??? Eh sial
Quote sukacactus 6-10-2020 10:02 PM
Org jepun kan xleh bising2
Kalau jiran bercakap dan kita boleh dgr dr rumah, tu dikira kurang sopan dah
Agaknya serabut gila bila dgr baby nangis
Kalau kita tu kira biasa la rumah ada baby, wajib la melalak selalu
Quote Potato_kering 6-10-2020 10:14 PM
Isteri bodoh..ni sejenis "tanak bercerai fikir anak". Hak tuih!!
Quote Kurex 6-10-2020 10:22 PM
Makin maju negara tu, makin saiko rakyatnya
Quote Eliadaisy83 6-10-2020 10:25 PM
Ingatkan kt negara pprt tadi rupanya kt negara maju japan...
Quote imransulaiman 7-10-2020 06:55 AM
Musim menjepun ke sekarang ni? {:thief
Quote diss69 7-10-2020 07:47 AM
Kita yg baca rasa senak perut.. Kesiannya baby tu..
Quote clarizsa 7-10-2020 07:49 AM
Dan mereka layak dapat anak dan subur dan beranak

Quote husna_amal 7-10-2020 10:30 AM
Sedih kesiannya bayi tu. Makin banyak pula keluar cerita tak baik dari negara nihon ni. Ingatkan mereka ni bangsa bertamadun.
Quote MsKathryn 8-10-2020 01:56 PM
Bongok!! anak sendiri.. baby lg

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.050726 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top