CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

'Captain America' Pun Hilang Sabar Dengan Presiden Donald Trump

7-10-2020 11:26 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8455| Komen: 79

Bukan saja rakyat biasa, malah 'Captain America' pun marah dengan kenyataan Donald Trump yang bercakap besar mengenai isu Covid-19.

Menerusi Twitter, pelakon kacak Chris Evans menempelak ciapan Presiden Amerika Syarikat (AS) itu yang mendakwa tidak perlu takut dengan Covid-19.



Kredit foto: Variety/CNN

Sebaik meninggalkan hospital tentera Walter Reed sebelum ini, Trum menciap mengenai keadaan dirinya yang baik-baik saja. 

Malah, Trump mendakwa dirinya berasa lebih baik berbanding 20 tahun lalu.

"Jangan takut dengan Covid-19. Jangan biarkan ia membelenggu hidup anda," ciapnya.

Ciapannya itu bagaimanapun mendapat kecaman pelakon Hollywood berkenaan yang menganggap Trump tidak mempedulikan rakyat yang sukar mendapatkan ubatan dan rawatan terbaik sepertinya dan golongan berkelas tinggi.


Kredit foto: Twitter

"Jangan takut dengan Covid-19? Anda dirawat doktor terbaik menggunakan ubatan terbaik. Adakah anda fikir semua orang boleh mengaksesnya?

"Sayangnya, saya yakin anda menyedari perbezaan ini tetapi tidak mempedulikannya," ujar Evans. - CARI
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 7-10-2020 11:31 AM
Kurex sentiasa menyokong abg chris evans & Hemsworth.. go go go
Quote sarah82 7-10-2020 11:33 AM
White house punya medical team yg terbaik kot.. Lepas tu bakal ada piliharaya presiden lagi bulan depan tak salah aku.. Jadi trump kena la tunjuk pada rakyat dia sihat dan berani lawan covid-19

Aku bukan suka sangat trump.. Tapi under dia byk megaladon pedo kena tangkap kat sana
Quote VespaSilbe 7-10-2020 11:45 AM
Aku dok layan CGTN founder vaksin kata Trumph tak takut ... Sebab dia dapat semua yg terbaik
Quote Skuau 7-10-2020 11:57 AM
nak wat camner..C.America pon dah tau nasibnya di tangan thanos.......
Quote hyunniesSS501 7-10-2020 11:59 AM
nape mcm lain je muka trump ni
Quote Fafaa 7-10-2020 12:30 PM
dedua sama je kepoci tapi abam chris tu hensem haruslah i sokong..
Quote RatuDunia94 7-10-2020 12:32 PM
Yg penting iols dh tgok cik nek abam chris.. are you??
Quote palmolive 7-10-2020 12:33 PM
a man with floating hair
Quote nazzse 7-10-2020 12:47 PM
Edited by nazzse at 7-10-2020 04:51 AM
sarah82 replied at 7-10-2020 03:33 AM
White house punya medical team yg terbaik kot.. Lepas tu bakal ada piliharaya presiden lagi bulan de ...


Di speku, trump di positifkan covid, then treat dengan vaksin yg akan keluar, konon2 vaksin tu berkesan & berjaya, then he boleh menang election sekali lagi...
Perasan tak trump dicash covid sehari lepas debat dgn Biden yg dia tak boleh jawab tu
Quote sarah82 7-10-2020 12:48 PM
nazzse replied at 7-10-2020 12:47 PM
Di speku, trump di positifkan covid, then ambik vaksin akan keluar, konon2 vaksin tu berkesan then ...

Hahahaa.. Baru aku perasan.. Between biden dgn trump.. Aku prefer trump lagi.

Tapi aku x kisah mana2..bukan negara kita.. Hahahaha.
Quote nazzse 7-10-2020 12:52 PM
sarah82 replied at 7-10-2020 04:48 AM
Hahahaa.. Baru aku perasan.. Between biden dgn trump.. Aku prefer trump lagi.

Tapi aku x kisah ...

Tau takpa..
Selama ni pun presiden dieorg mcm puppet je.. Trump ni je ikut kepala sendiri
Quote sarah82 7-10-2020 12:54 PM
nazzse replied at 7-10-2020 12:52 PM
Tau takpa..
Selama ni pun presiden dieorg mcm puppet je.. Trump ni je ikut kepala sendiri

Hahaha.. Nampak trump jenis melawan.. Seronok juga la layan wayang US.
Quote nazzse 7-10-2020 12:56 PM
sarah82 replied at 7-10-2020 04:54 AM
Hahaha.. Nampak trump jenis melawan.. Seronok juga la layan wayang US.

Duit heols lagi banyak, so tak kisah pun.
As long as aku boleh jadi presiden
Quote sarah82 7-10-2020 12:58 PM
nazzse replied at 7-10-2020 12:56 PM
Duit heols lagi banyak, so tak kisah pun.
As long as aku boleh jadi presiden

Betul.. Kita layan apa jadi next..
Quote TomyamPuteh 7-10-2020 12:59 PM
Klau pelakon tu x kacak xde plak wartawan nk tulis... Menerusi twitter pelakon x kacak si polan si polan menempelak...
Quote slavehunter 7-10-2020 01:00 PM
He's trying to be positive and set example. Mana tau medications dia works and boleh  guna dinegara luar. Ini semua nak naikan image dia.
Quote DayangKirana 7-10-2020 01:10 PM

not cheap ok..even huduh gitu pon..
ade diorang reveal cost hairdresser trump sepanjang jadi president, puluh2 ribu USD.. close to 70K rasenye.
Quote dudaberhias 7-10-2020 01:14 PM
captain america tu helok... dah la tolong selamatkan bumi dari thanos...
harus la i sokong dia.... trump tu apa je dia buat...
Quote BicaraHatiku 7-10-2020 01:29 PM
My future husban...

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.042541 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top