CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dendam Dipenjara, Lelaki Rogol Dan Bakar Remaja

8-10-2020 11:04 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6433| Komen: 37

Remaja diseksa, diperkosa dan dibakar hidup-hidup oleh lelaki sama yang sebelum ini dipenjara kerana melakukan serangan seksual terhadapnya.

Daily Star melaporkan, Chaima Sadou, 19, diculik dan dibunuh suspek dikenali sebagai Rayan sebaik lelaki itu dibebaskan dari penjara.


Mayatnya yang rentung ditemui di sebuah stesen minyak terbiar di Thenia, Algeria pada 2 Oktober lalu.



Difahamkan, pembunuhan itu berlaku selepas mangsa cuba bangkit memulakan hidup baru susulan diperkosa kali pertama pada 2016 yang membuatkan Rayan dipenjara tiga tahun.

Ibu mangsa percaya, suspek membunuh mangsa untuk membalas dendam kerana membuatnya meringkuk di sebalik jeriji besi sepanjang tempoh itu.

Wanita itu merayu agar lelaki itu dijatuhkan hukuman mati di atas perbuatannya.


Kredit foto: Daily Star/Newsflash


Menurut pendakwa, suspek menyerah diri kepada pihak berkuasa tempatan untuk melaporkan mengenai 'rakannya yang dibakar di sebuah stesen minyak terbiar'.

Selepas mayat diperiksa, suspek kemudian mengaku melakukan pembunuhan kejam itu.

Dia mendakwa mengumpan Chaima ke lokasi sebelum memukul dan memperkosanya, lalu menyimbah petrol dan membakar mangsa. - CARI

Bagus
2

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 8-10-2020 11:27 AM
Kerat je anu tu
Quote sarah82 8-10-2020 11:33 AM
Lempar dalam kandang beruang. Biar dia rasa mcm mana kena makan hidup2
Quote AbukRokok 8-10-2020 11:36 AM
ingatkan kat india rupanya arob  
Quote mamajawie 8-10-2020 11:36 AM
sebab tu la aku berharap sgat NGO2 dengan loyer2 melesia ni daripada dok gebang memperjuangkan hak pelajar U yg da bosa gajah bulu jembut ikat tocang konon dlm poket tinggal singgit doplosen kena halau kua U tapi pakai henfon rega ribu riban, baik la chuollss memperjuangkan hukuman penjara seumur hidup atau gantung sampai mati untuk pesalah seksual ni..

dah la mangsa trauma sepanjang hayat, pehtu lak bila perogol kua jail dicari plak mangsa sbab nk balas dendam..apekesielll la
Quote Artemesiaa 8-10-2020 11:37 AM
Pasti menyesal tak melakukan hukuman mati terhadapnya masa pendakwaan pertamannya dulu.  Sesetengah orang kena penjara pun belum tentu boleh mengubah perangai dan tabiatnya.
Quote c===8 8-10-2020 11:42 AM
sementara itu di malaysia acik2 peminat drama dan novel murahan gigih menamakan anak2 mereka rayan/royyan/ryan
Quote rantaikendoq 8-10-2020 11:44 AM
beruntglah wanita tersebut dapat balasan syurgawi...
dan celakalah lelaki tersbut...
Quote Nnasda53 8-10-2020 11:47 AM
hukuman mati selayaknya buat binatang tu..
Quote obria 8-10-2020 11:48 AM
mamajawie replied at 8-10-2020 11:36 AM
sebab tu la aku berharap sgat NGO2 dengan loyer2 melesia ni daripada dok gebang memperjuangkan hak p ...

Penat aku baca komen ko mula2 tu....

tp betul la apa ko cakap, hukum gantung ja pesalah rogol ni. Mangsa trauma seumur hidup kot
Quote mamajawie 8-10-2020 12:12 PM
obria replied at 8-10-2020 11:48 AM
Penat aku baca komen ko mula2 tu....

tp betul la apa ko cakap, hukum gantung ja pesalah rogol ...

nasib baik aku buat dua perenggan kalu tak senafas ko kne baca tau..boleh kena sakit jantung plak..hehehheheh

Quote supernaturalee 8-10-2020 12:18 PM
kesalahan merogol 3 thn je penjara
tu je ke pun, sebat2 ke xde ke
adoiii

klu di us akn dimasukkan dlm national sex offender registry
siap restrain order jgk dlm radius sekian2



Quote skinskin 8-10-2020 01:16 PM
3 tahun penjara je ke
Quote epuepy 8-10-2020 01:34 PM
Ptot hukum kerat je anu dia. Bia x de nafsu dh.

Ke masih bernafsu walau dh kerat?
Quote ikanmasin 8-10-2020 02:13 PM
mmg layak dihukum mati jer..
Quote arm_band 8-10-2020 02:32 PM
perkosa (rogol?) kena 3 tahun je? huh padan laa dia cari balik, tak insoffff punn
Quote husna_amal 8-10-2020 02:42 PM
Hukuman ringan sangat kat pesalah sebelum ni. Patut orang macam ni jangan bagi peluang kedua.
Quote Xim 8-10-2020 07:22 PM
mamajawie replied at 8-10-2020 11:36 AM
sebab tu la aku berharap sgat NGO2 dengan loyer2 melesia ni daripada dok gebang memperjuangkan hak p ...

Semput bace ayat yg first tggu noktah
Quote noor2 8-10-2020 07:33 PM
Orang yg normal x kan merogol ....
Quote diss69 8-10-2020 08:18 PM
Lawa sngt bdk pompuan ni.. Kesian.. Baru nk mulakan hidup baru.. Baik gntung smpai mati ke pembunuh tu

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.074482 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top