Lelaki dipenjara seumur hidup selepas didapati bersalah mengerat anggota tubuh ibu bapanya apabila diberitahu mereka tidak akan menanggung segala perbelanjaannya lagi. Lebih mengerikan, selain melarutkan anggota tubuh kedua-dua mangsa, kepala ibunya ditemui sedang direbus di rumah pasangan itu di Hardin Valley.
Mirror melaporkan, tubuh mangsa dikerat selepas ditikam beberapa kali oleh anak mereka dalam rancangannya untuk mendapatkan wang insurans berjumlah ASD500,000 (RM2,076,500), lapor Knox News. Anggota tubuh pasangan itu diletakkan di dalam bekas simpanan plastik besar yang diisi dengan pelbagai bahan kimia untuk melarutkannya. Joel Guy Jr, 32, dari Tennessee didapati bersalah membunuh Lisa Guy, 55, dan Joel Guy Sr, 61, pada Jumaat, 2016. Pendakwa Leslie Nassios berkata, hidup Joel sebelum ini ditanggung sepenuhnya oleh ibunya dan dia berang apabila mendapat tahu ibu bapanya memutuskan untuk tidak menanggung sebarang perbelanjaannya lagi. "Dia lebih suka melihat mereka mati daripada membiarkan ia berlaku," katanya. Mahkamah dimaklumkan, pasangan terbabit merancang untuk bersara dan berhenti membiayai perbelanjaan anak mereka berusia 28 tahun (ketika kejadian) sebelum mereka dibunuh dengan kejam. - CARI
|
ADVERTISEMENT