|
Baru umur lima tahun, namun seorang budak lelaki di Kota Ambon, Kepulauan Maluku, Indonesia dah pandai mengendalikan eskavator (jentera pengorek tanah).
Budak lelaki yang dikenali dengan nama Theo Paays tidak menghabiskan masa bermain, sebaliknya membantu mebersihkan sungai yang dilitupi sisa kotoran akibat banjir. Portal Liputan6.com melaporkan, Theo menggunakan jentera itu untuk mengalihkan sisa yang tersekat di dalam sungai berhampiran rumahnya.
Bukan itu sahaja dia juga mengangkat batu besar untuk menyekat air banjir daripada mengotori sumber bekalan air bersih penduduk. Aksi Theo mendapat respon positif daripada warganet yang rata-rata kagum dengan kebolehannya mengendalikan jentera tersebut. "Berkat bantuannya, penduduk kini dapat menikmati air bersih," kata seorang pengguna FB. -CARI |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 01:19 PM GMT+8 , Processed in 0.032564 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.