CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Nak Mengorat Punya Pasal, Sekali Kena Bayar RM460 Untuk Sebiji Burger!

8-10-2020 08:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 32304| Komen: 304

Ada antara kita akan membahagi bil makanan sama rata jika makan di luar bersama rakan-rakan.



Namun, bagaimana pula jika anda dikehendaki membayar kos sama rata sedangkan anda hidangan dippesan jauh lebih sedikit atau murah berbanding yang lain?

Baru-baru ini, tular insiden di mana wanita bernama Liddy mendedahkan 'sikap kedekut' seorang lelaki yang enggan membayar bahagiannya selepas menghadiri majlis makan malam sambutan ulang tahun kelahiran di sebuah restoran.



Menurut wanita itu yang juga teman kepada 'birthday girl', lelaki terbabit hadir ke majlis berkenaan kerana ingin 'mengorat' Carmay. Malah, dia pada awalnya berjanji untuk membayar bahagian wanita pujaannya itu.


Namun, tiba masa membahagikan bil makanan mengikut jumlah yang hadir, lelaki itu didakwa memungkiri janjinya dan hanya membayar bahagiannya sahaja.

"Jika tidak mampu, jangan berlagak konon mahu membayar bahagiannya. Bukannya kami tidak mampu membayar bahagian bilnya. Bukan ini caranya untuk memikat dia," tulisnya.

Bagaimanapun, lelaki terbabit enggan berdiam diri namanya terus diburukkan.


Nak Mengorat Punya Pasal, Sekali Kena Bayar RM460 Untuk Sebiji Burger!


Lelaki itu tampil menjelaskan perkara sebenar berserta beberapa paparan skrin sebagai bukti menunjukkan dirinya tidak bersalah.

Selain menafikan ingin memikat Carmay, dia menegaskan bahawa wanita itu sendiri mendesak lelaki berkenaan supaya menyertai mereka (majlis) walaupun sudah banyak kali menolak pelawaannya.

Difahamkan, dia pada awalnya keberatan menghadiri majlis itu kerana tidak begitu mengenali rakan-rakan Carmay.



Lelaki itu menjelaskan bahawa dia hanya memesan burger dan air berjumlah sekitar RM80 manakala tujuh rakan lain memesan alkohol dan menu mewah.

Selepas dibahagi, dia perlu membayar tambahan RM460 (RM460 + RM460) kerana mereka menyangka dia akan membayar bahagian Carmay.




Katanya, kalaulah dia tahu mereka mengharapkan dia membayar hampir RM1,000 hanya untuk sebiji burger, dia tidak akan bersetuju untuk menghadiri majlis itu.

"Kalau kawan-kawan awak tak mampu bayar, jangan berlagak memesan hidangan mahal hingga mencecah ribuan ringgit dan suruh orang lain untuk membahagikan bil sama rata. Awak ingat saya bodoh?" ujarnya.



Selepas mendengar penjelasan lelaki terbabit, Liddy dihujani kecaman warganet sebelum meminta Carmay menjelaskan situasi sebenar.



Kredit foto: FB Fun Tik/World of Buzz

Apa pula nasib dua sekawan ini? -  CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote little_sis 8-10-2020 09:01 AM
eh ingatkan citer ni jd kat China, rupanya Banyan Tree ni kat KL je..
Quote sarah82 8-10-2020 09:02 AM
little_sis replied at 8-10-2020 09:01 AM
eh ingatkan citer ni jd kat China, rupanya Banyan Tree ni kat KL je..

Huhuhu. Tak memasal kena byr rm1000++
Quote buragazz 8-10-2020 09:11 AM
Jantan tu le bodoh.. minah tu hanya menanggok di air keroh jer..
Quote missinpiece 8-10-2020 09:12 AM
Bayar utk girl tu no hal, yg kena bayar split bill utk deme2 yg order menu memahal tu yg jadi tak puas hati tu. Iols pun tak koser nak join kalau gitu. Well kalau duit berlebih silakan..
Quote sarah82 8-10-2020 09:12 AM
buragazz replied at 8-10-2020 09:11 AM
Jantan tu le bodoh.. minah tu hanya menanggok di air keroh jer..

Hahahaha.. Cantik juga chick tu
Quote sarah82 8-10-2020 09:13 AM
missinpiece replied at 8-10-2020 09:12 AM
Bayar utk girl tu no hal, yg kena bayar split bill utk deme2 yg order menu memahal tu yg jadi tak pu ...

Hahaha.. Yg lain ratus2 kemain ordernya.
Quote taji2906 8-10-2020 09:22 AM
air oren rm30? wow.. letak wiski mahal sama ke dlm tu? hahah
kesian laki tu. klu ini mcm punya gaya, baik la cari org lain je leng chai oii.. amoi tu pun gambar sexy tonggek2, lg mau u punya duit. cari amoi lain je la
Quote buragazz 8-10-2020 09:23 AM
Geng2 yang lain pun cheapskate jugak patutnya birthday girl tak perlu bayar tapi split for everybody la kenapa mamat tu je yang kene just becoz dia ada crush tapi jumpa for the 1st time...
Quote bakingsoda 8-10-2020 09:38 AM
senang ye parasit2 order mahal pastu split yg makan murah pon kena bayar banyak. bro ko maki je bitches tu semua
Quote sarah82 8-10-2020 09:46 AM
taji2906 replied at 8-10-2020 09:22 AM
air oren rm30? wow.. letak wiski mahal sama ke dlm tu? hahah
kesian laki tu. klu ini mcm punya gaya ...

Ayaq oren turun dari langit.. Tu mahai
Quote sarah82 8-10-2020 09:46 AM
bakingsoda replied at 8-10-2020 09:38 AM
senang ye parasit2 order mahal pastu split yg makan murah pon kena bayar banyak. bro ko maki je bitc ...

Dah maki dah.. Ada counter back dari pihak lelaki.. Sat nak cari.
Quote krustykrab 8-10-2020 09:47 AM
Maybe pompuan2 tu mmg nk pekena jantan ni kot....haaa padan la muka, nk sgt carik yg lawo, seksi lol
Quote sarah82 8-10-2020 09:48 AM
buragazz replied at 8-10-2020 09:23 AM
Geng2 yang lain pun cheapskate jugak patutnya birthday girl tak perlu bayar tapi split for everybody ...

Lelaki tu kata dia tak terhengeh2 pun kat perempuan tu.. Perempuan tu yg ajak dia pi besday.
Quote aderaderker 8-10-2020 09:50 AM
Drink paling murah RM 27 Earl Grey Tea.
Daun teh fresh petik sendiri charge sekali ngan tambang ke ladang teh ke apo?
Quote sarah82 8-10-2020 09:51 AM
krustykrab replied at 8-10-2020 09:47 AM
Maybe pompuan2 tu mmg nk pekena jantan ni kot....haaa padan la muka, nk sgt carik yg lawo, seksi lol

Ni aku jumpa dari website kisah pihak lelaki.

According to the Facebook post, the man said he was initially reluctant to attend her party as he didn’t know her friends very well. However, after she persistently invited him several times, he finally caved in and agreed to go for it.
Quote sarah82 8-10-2020 09:51 AM
aderaderker replied at 8-10-2020 09:50 AM
Drink paling murah RM 27 Earl Grey Tea.
Daun teh fresh petik sendiri charge sekali ngan tambang ke ...

Ladang tu baja dari emas.. Tu mahai nak mampos
Quote fishcracker 8-10-2020 09:52 AM
Tak malunye dah mentekedarah order yang mahal2 lepastu suh orang bayo
Quote sarah82 8-10-2020 09:53 AM
fishcracker replied at 8-10-2020 09:52 AM
Tak malunye dah mentekedarah order yang mahal2 lepastu suh orang bayo

Teringat filem PRamlee yg bujang lapok kot.. Sekali bawa adik2 pi makan.
Quote krustykrab 8-10-2020 09:54 AM
sarah82 replied at 8-10-2020 09:51 AM
Ni aku jumpa dari website kisah pihak lelaki.

According to the Facebook post, the man said he  ...

Mmg nmpk mcm diorg saja nk pekena dia la...

Lihat semua komen(304)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 12:43 AM GMT+8 , Processed in 0.153459 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top