CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mulanya Digigit Nyamuk, Kaki Mula Membesar Selama Lebih 20 Tahun

9-10-2020 01:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4991| Komen: 30

Bermula daripada gigitan nyamuk, kaki seorang lelaki semakin membengkak selama 20 tahun.

Kaki kiri Bong Thet,27 mula mengalami bengkak kecil ketika usianya enam tahun dan ia kemudiannya bertukar menjadi luka.


Difahamkan ibu bapanya tidak mengendahkan luka tersebut kerana menyangka ia hanya luka ketika Bong bermain dengan rakan-rakannya.

Daily Star melaporkan, bengkak Bong yang tinggal di wilang Kampong Chhnang Cambodia itu semakin membesar sehingga usianya 12 tahun.

Kredit foto: Viral Press
Dia pernah bercita-cita mahu menjadi pemain bola sepak namun hasratnya berkubur dek kerana keadaan kakinya.

Doktor mengesahkan Bong menghidap penyakit Filariasis limfatik atau untut, sejenis penyakit disebabkan oleh cacing filaria yang menular daripada pelbagai jenis nyamuk.


Dia tidak pernah mendapatkan rawatan kerana ibu bapanya tidak berkemampuan. -CARI
1

Bagus

Marah
3

Terkejut
2

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mina2215 9-10-2020 01:09 PM
Kat negara kita ni ada 2 jenis cacing filaria penyebab untut ni. Satu nama Wuchereria bancrofti, satu lagi Brugia malayi.

Sekarang ni jarang ada kes ni kat negara kita sebab ada program filariasis sepanjang tahun.

Contohnya anggota kesihatan masuk kampung dan edarkan ubat2. Pastu kesedaran tinggi masyarakat tentang punca penyakit pun turut menyumbang kepada kejayaan penurunan kes
Quote Kurex 9-10-2020 01:10 PM
Payah jugak jenis ibu apa jenis endah tak endah ni
Quote dudaberhias 9-10-2020 01:17 PM
Mina2215 replied at 9-10-2020 01:09 PM
Kat negara kita ni ada 2 jenis cacing filaria penyebab untut ni. Satu nama Wuchereria bancrofti, sat ...

kaka nak tanya... betul ke nyamuk pun bawak cacing ni jugak?
Quote darkness 9-10-2020 01:17 PM
Ada vaccine tak penyakit ni?
Quote Mina2215 9-10-2020 01:22 PM
dudaberhias replied at 9-10-2020 01:17 PM
kaka nak tanya... betul ke nyamuk pun bawak cacing ni jugak?

Betul kaka. Kategori Parasit. Rupa cacing. Boleh gugel filaria Brugia malayi atau Wuchereria bancrofti kalau nak tengok pic

Quote Mina2215 9-10-2020 01:25 PM
darkness replied at 9-10-2020 01:17 PM
Ada vaccine tak penyakit ni?

Vaksin takde sebab ni bukan virus. Tapi makan ubat pencegah biasanya dalam bentuk tablet.

Quote shernazz 9-10-2020 01:25 PM
Mina2215 replied at 9-10-2020 01:22 PM
Betul kaka. Kategori Parasit. Rupa cacing. Boleh gugel filaria Brugia malayi atau Wuchereria bancr ...

Kat.mana yang risiko ada nyamuk ni ya?
Kalau kita di rumah ada risiko tak?
Quote zuuu 9-10-2020 01:27 PM
Kesian kat dia,xleh cuba nk rawat ke sakit ni,operate bagi saiz kaki dia tu kecik sikit ke..
Quote Mina2215 9-10-2020 01:33 PM
Edited by Mina2215 at 9-10-2020 01:36 PM
shernazz replied at 9-10-2020 01:25 PM
Kat.mana yang risiko ada nyamuk ni ya?
Kalau kita di rumah ada risiko tak?


Asal nyamuk memang ada risiko

Nyamuk ni banyak jenis, ada Culex, Mansonia, Aedes, Anopheles dan lain2. Lain nyamuk, lain jugak penyakit yang dibawa

Contoh nyamuk yg popular:
Aedes: membawa virus denggi dan Chikungunya
Culex: membawa parasit mikrofilaria/untut
Anopheles: membawa parasit malaria

Masa musim ujan ni, kemas2 la halaman rumah kita tau..

Pesanan khidmat masyarakat sambil nak kutip tacang skali
Quote Buritan 9-10-2020 01:41 PM
dudaberhias replied at 9-10-2020 01:17 PM
kaka nak tanya... betul ke nyamuk pun bawak cacing ni jugak?

Nyamuk kulex je sis.. nyamuk lain idak
Quote Buritan 9-10-2020 01:43 PM
zuuu replied at 9-10-2020 01:27 PM
Kesian kat dia,xleh cuba nk rawat ke sakit ni,operate bagi saiz kaki dia tu kecik sikit ke..

Kalo cepat masih ade harapan kalo mcm nii.. rasanya mcm tu ajelaaa.. my sedara kena nyamuk kulex ni laa.. kski dah mula membesar.. ade org kg suruh bekam.. hari hari bekam.. sebulan lps tu ok
Quote shernazz 9-10-2020 01:46 PM
Mina2215 replied at 9-10-2020 01:33 PM
Asal nyamuk memang ada risiko

Nyamuk ni banyak jenis, ada Culex, Mansonia, Aedes, Anopheles  ...

I see..

Itu lah..mak.mertua iols.kena.chikugunya
Dia punya efek..bengkak woo kaki..sampai berbulan lamanya..kesian iols nengoknya..

Puncanya jiran belakang x kemas laman jaidi semak samun cm hutan
Quote adelea 9-10-2020 02:03 PM
dudaberhias replied at 9-10-2020 01:17 PM
kaka nak tanya... betul ke nyamuk pun bawak cacing ni jugak?


actualy iols pernah kena gigit nyamuk yah akhirnya melarat jadi kudis masa kecik2 dulu ... ( umur belas2 jugak masa tu )

puas p rendam air laut and berubat
2 tahun jugak la baru kuman tu mampus
and nasib baik x dak parut

Quote dudaberhias 9-10-2020 02:08 PM
adelea replied at 9-10-2020 02:03 PM
actualy iols pernah kena gigit nyamuk yah akhirnya melarat jadi kudis masa kecik2 dulu ... ( umu ...

scarynya kaka... nyamuk tu besar kah? sakit tak kena gigit nyamuk tu?

iols selalu kena gigit nyamuk aedes tu jah tak pernah kena gigit nyamuk lain... yang tempiras tu pun tak pernah kena
Quote husna_amal 9-10-2020 03:28 PM
Masa dulu2 pernah tengok kat tv ada orang Malaysia pun derita sakit macam ni.
Quote MissVixen 9-10-2020 03:30 PM
Edited by MissVixen at 9-10-2020 03:40 PM

Teringat artikel mastika yang sebut kaki acik tu jadi untut macam ni lepas kena cakar dan digigit kucing hitam masa waktu senja.

IMG_20201009_153929.jpg slide1-n.jpg


Quote Atata 9-10-2020 03:35 PM
Mina2215 replied at 9-10-2020 01:22 PM
Betul kaka. Kategori Parasit. Rupa cacing. Boleh gugel filaria Brugia malayi atau Wuchereria bancr ...

Waktu degree dulu kitorang ada subjek wajib ambik, subjek Parasitology. I hated it so much sbb banyak gila nama pelik2 mcm yg chuols sebut tu. Hahahaah. Hishh
Quote cmf_blingblings 9-10-2020 03:39 PM
husna_amal replied at 9-10-2020 03:28 PM
Masa dulu2 pernah tengok kat tv ada orang Malaysia pun derita sakit macam ni.

Ada, nama penyakit ni untut, di Kota Kuala Muda Kedah sana ada dulu. Nyamuk tiruk banyak
Quote newme11 9-10-2020 03:41 PM
Ya Allah...takutnyanya...

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 04:13 AM GMT+8 , Processed in 0.254497 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top