Tidak dapat menrima hakikat dirinya dijangkiti Covid-19, seornag lelaki hilang pertimbangan sehingga sanggup membunuh anaknya sendiri. Selepas membunuh anaknya yang berusia 12 tahun, Endro Gunawan, 48 dari Indonesia itu cuba membunuh diri pula.
Kompas.com melaporkan, lelaki itu mendakwa dia dijangkiti wabak tersebut melalui anaknya yang sudah lama menderita penyakit asma. Perbuatan Endro itu diketahui oleh isterinya, Mulyati selepas wanita tersebut pulang ke rumah. Mulyati melihat suaminya cedera di atas lantai sementara anaknya pula dalam keadaan nyawa-nyawa ikan di atas sofa dengan lehernya dijerut dengan kain sarung.
Mereka kemudiannya dikejarkan ke hospital namun anaknya disahkan meninggal dunia dalam perjalanan. Endro memberitahu dia memukul dan menjerut anaknya kerana berasa tertekan dijangkiti Covid-19. Ketua Polis Kudus Aditya Surya Dharma mengesahakn pihaknya menemui kertas pesanan Endro yang menyatakan, "Maafkan kami, semoga kita dapat berjumpa lagi. "Kebumikan kami dalam satu liang lahad, dengan mematuhi protokol kesihatan." -CARI |
Burong_Hantuk replied at 11-10-2020 11:34 AM
thread dah ada @ipes2 @Xim
ADVERTISEMENT