Sharifah Zarina dan anaknya, Athalia Deena Buswani baru-baru ini mengamuk sebab tak puas hati dengan restoran pokok.kl. Menerusi video yang dimuat naik, penyanyi Langit Ketujuh ini mempersoalkan tentang profesionalisme kakitangan restoran yang terletak di Petaling Jaya itu.
Katanya mereka ke sana bersama keluarga dan rakan-rakan untuk menyambut hari jadi Athalia. Bagaimanapun bila tiba di sana mereka hanya diberi masa 15 minit untuk membuat pesanan kerana premis itu akan ditutup untuk sebuah majlis. “Pukul 4.15 petang tiba-tiba mereka kata tempat ini ada event! Aku peduli apa event apa korang? Kau bagitahu kat mana? Letaklah besar-besar kat luar sana…Ataupun tak payah masukkan aku kat dalam list! “Tadi aku kat depan tu que apasal kau bawak aku masuk juga dalam ni. Tau pun kita datang ramai kan?" kata Zarina.
Sementara itu Athalia juga sempat memuat naik vido di TikTok. Athalia dan Zarina juga mendakwa pemilik restoran memohon maaf dan menawarkan mereka dua keping kupon bernilai RM50.
Disebabkan video dua beranak tersebut tular, pemilik restoran, Christine Bong tampil memberi penjelasan. Katanya apa yang dikatakan Zarina adalah fitnah memandangkan notis penutupan awal sudah dimaklumkan di merata tempat. Malah Christine juga tidak teragak-agak mencari peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|