CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Gaji RM1,500 Pun Boleh Hidup, Dah Kenapa Netizen Pula Marah-marah?

13-10-2020 11:19 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 12878| Komen: 119|Original author: Oleh: Cari-Azza





Ekonomi dunia masih huru-hara, sana sini ramai yang kehilangan kerja. Sementelah di Malaysia yang gaji pekerjanya masih di bawah kadar sepatutnya.

Dengan gaji minima RM1,200, ramai hairan bagaimana mahu menyara diri, apatah lagi keluarga?

Namun, penulis buku kewangan ini memberi persepsi berbeza dengan gaji RM1,500 tetapi masih mampu menguruskan ekonomi keluarga. Ianya meraih perhatian yang berbeza daripada warganet.


Foto : FB

Menurut Azizul lagi, rangka bajet di atas sesuai untuk keluarga kecil yang tinggal di luar bandar sahaja. Jadi, janganlah membandingkan kawasan anda di bandar dengan apa yang dinyatakan ini.

"Dengan gaji bawah RM2,300 kita adalah orang miskin hari ini, apatah lagi gaji RM1500 kawan kawan."


Foto : Harian Metro

Malahan, tiada banyak pilihan di waktu sebegini, maka dengan rangka bajet di atas, ia sebenarnya membantu golongan ini merancang dan bukannya untuk diperkotak-katikkan kehidupan mereka. Apa yang penting adalah hidup seadanya dan usah terbeban dengan hutang.


Pandangan ini mendapat perpesi berbeza daripada warganet, bagi yang bersetuju, ya mereka sanggup hidup di bawah kemampuan.


Foto : Twitter

Namun, bagi yang memandang perkara ini dengan realistik, mereka tidak percaya dengan bajet tersebut. Mana nak cari rumah sewa semurah itu?


Foto : FB

Foto : Harian Metro

Jadi, wajar atau tidak gaji sebegini bagi yang berkeluarga? Atau kita sepatutnya terus memperjuangkan gaji dinaikkan? Atau terus membuat dua hingga tiga kerja bagi menampung keperluan hidup? - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 13-10-2020 11:31 AM
Ada ja rumh sewa murah.. Bukan x ada.. Tapi area luar bandar la sikit..
Quote belacan_gurl 13-10-2020 11:33 AM
sarah82 replied at 13-10-2020 11:31 AM
Ada ja rumh sewa murah.. Bukan x ada.. Tapi area luar bandar la sikit..


Kalo dah x mampu sgt ... sewa bilik je mcm I zaman mula2 kerja dulu...satu bilik dua org.. situ pun dah jimat...iye dok sarah
Quote misssakura 13-10-2020 11:36 AM
tengok pengiraan ni iols jadi bersyukur dengan apa yg iols ada. ramai lagi yang tak bernasib baik.
Quote hotmak 13-10-2020 11:36 AM
keperluan anak rm200 tu, anak mak jaga ke? sewa rumah rm350, kena kira jugak kos minyak motor berulang pergi kerja tu, maintenance motor lagi
Quote sarah82 13-10-2020 11:38 AM
belacan_gurl replied at 13-10-2020 11:33 AM
Kalo dah x mampu sgt ... sewa bilik je mcm I zaman mula2 kerja dulu...satu bilik dua org.. situ  ...

Betul.. Masa balik dari KL.. Rumah arwah tok iols masih tak dibaiki.. Jadi sewa bilik kat rumah kedai.. 1 bilik sebulan RM150……masa tu x dapat kerja dgn tok ni lagi.. Jadi jimat cermat la sementara nak dpt kerja.
Quote depresio 13-10-2020 11:41 AM
Luar bandar keja apa yg boleh gaji 1500? Kalau tak keja gomen?
Quote c===8 13-10-2020 11:43 AM
depresio replied at 13-10-2020 11:41 AM
Luar bandar keja apa yg boleh gaji 1500? Kalau tak keja gomen?

kilang2 pun byk di luar bandar
Quote Kurex 13-10-2020 11:54 AM
Kawan aku suka nasihat ekonomi orang lain walaupun diri sendiri banyak berhutang tak bayar2
Quote ChildrenOfBodom 13-10-2020 11:55 AM
yg penting dia nk habaq takdak duit pon dia allocate RM50 utk sedekah dan zakat.
Quote bulan_gerhana 13-10-2020 12:09 PM
gigih aku ambik kalkulator utk kira cukup ke 1500 tu

gigih juge aku assume budget list dia

ini budget dia.. utk 3 orang = suami + isteri + 1 anak anggaran bawah 2-3 tahun

duk luar bandar.. xde keta cuma ade moto.. aku anggap dia dah abis bayo moto.. wife pulak x keje..

simpanan, sedekah tu x mo komen..

utiliti pun tu aku rasa yg paling minimum

sewa rumah.. yup kat kampung nak dpt 350 sebulan  memang struggle.. ade.. tapi memang susah cari.. maybe belah2 agak dlm kot..

barang rumah maksud dia... beli barang dapur kering .. sbb dia include gas , minyak & sabun..

budget makan utk seminggu tuaku anggap utk barang dapur basah utk makan kat pejabat.. or else bawak bekal.

sekian

#kesimpulandarimakcikbawang
Quote Belibis 13-10-2020 12:20 PM
Setakat nak buat sedap sembangggggg.
Takde gaji pun boleh hidup,sebab idup dan mati bukan sebab gaji.
Quote syamzana 13-10-2020 12:21 PM
utk sorg lebih dr cukup bajet ni.

yg jd mslh bila dah berkeluarga dan ada anak wpun sorg. takkan nak sewa bilik?tak mengganggu ke penyewa bilik lain?
kat luar bandar mungkin ada rumah sewa murah tp mcm mana dgn kerja?ada ke di kwsn sekitar?kalau ada blh ke luar bandar dpt gaji 1500/sebulan?

so pada yg cukup2 makan tu fikir2 la sebelum nak kawen dan ada anak.
Quote lattehazelnut 13-10-2020 12:31 PM
Susu pampers makanan etc anak 200 je?
Bini 100
Makanan utk isteri suami anak2 50 seminggu..
Serius lah kalau nak buat lawak pun..
Quote matchstick 13-10-2020 12:36 PM
Luar bandar mmg boleh dpt rumah sewa lagi murah drpd rm350. Cth mcm mak cik aku sewakan rumah rm150 sejak lebih 10 tahun dulu tak pernah naik sewa tu. Orang yg menyewa tu pun tak pindah2 dh mcm rumah sendiri. Tapi rumah kayu pesen lama n buruk je rumah tu.
Quote eragon 13-10-2020 12:36 PM
makan apa rm200 sebulan satu family ?
kalau bujang yang berjmat pun paling2 kurang rm10 sehari, sebulan rm300 juga.
Quote me12345 13-10-2020 12:37 PM
Mungkin bini mkn maggi ...
Quote Dwdrum 13-10-2020 12:50 PM
sarah82 replied at 12-10-2020 07:31 PM
Ada ja rumh sewa murah.. Bukan x ada.. Tapi area luar bandar la sikit..

Jika low income pandai manage duit dan rajin.. Aku percaya mereka boleh hidup sempurna seperti orang lain as long tidak terjebak dengan big spender circle... Di langkawi laki aku buat kawan.. Young man yang kerja hotel married with 3 kids... Setiap malam husband akan keluar fishing ..kadang dapat ikan boleh simpan 2 or days dapat big fish siap tunjuk ga%mbar ikan lagi. Seronok aku dengar untuk yang tidak tahu fishing seperti aku... . Weekend bawa anak anak collect seafood dalam mud bila low tide...
Quote ninja boy 13-10-2020 12:50 PM
Motor tukar tayar road tax klinik xde ke
Quote shernazz 13-10-2020 12:53 PM
Ni imaginasi je ke?

Lihat semua komen(119)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.047068 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top