Dr Erin mendedahkan yang anak perempuannya, Yaya sering menjadi mangsa ejekan dan ajukan. Bekas isteri pendakwah bebas Da'i Farhan ini kata warana kulit anaknya yang agak gelap berbanding adik beradik yang lain menjadi punca utamanya.
Tambahnya dia sangat sayu melihat situasi tersebut memandangkan usia anaknya yang masih mentah. "Little me.. Anak yang sangat merendah diri..Orang selalu ajuk dia anak sapa?? Napa kakak-kakak dan abang-abang semua putih dia seorang ja hitam. "Dia akan senyum macam tu jela. Sambil kata nak buat macam mana dah Allah bagi Yaya jadi hitam.
"Kita sebagai mak ni gelak-gelak juga la bila orang melawak kan tapi tetap kita akan rasa sayu tengok anak kita walaupun dia senyum. "Budak-budak kan kita ingat dia senyum macam ok tapi kita tak tau apa yang dia tanam dalam diri dia. Bertabah la anak mama," tulisnya di Instagram. Erin jugaberharap agar anaknya itu kuat dalam menghadap kata-kata 'pedas'. "Ni baru umur 5, 6 tahun dah kena hadap dengan mulut-mulut makcik pakcik. Esok ni masuk tadika akan jumpa dengan kawan-kawan yang mulut puaka juga. "Perlu kita sentiasa berlapang dada senyum selalu walaupun apa orang kata ye Yaya. Kesian hitam manis mama ni. Biar kulit tak putih gebu janji hati mau putih bersih na." -CARI |
opie5662 replied at 13-10-2020 01:10 PM
Dah emak nye bkn putih ori pon... Takyah la sentap sgt... Mase ko kecik mmg gitu kot kulit ko
ADVERTISEMENT