Sayuran bayam Brazil mula dikenali sejak tahun lepas dan makin trending sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac baru-baru ini. Terbaharu, dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini, nama bayam Brazil disebut-sebut kembali, tetapi dalam versi yang lagi rangup iaitu kerepek Bayam Brazil. Jadi, siapa yang biasa makan bayam Brazil sebagai ulam-ulaman, boleh cuba buat kerepek sebagai kudapan. Boleh dimakan sambil melayan televisyen atau media sosial. Resepi ini dikongsikan oleh Facebook Menu dari moyangku. Kerepek bayam Brazil 1 peket tepung beras 2 cawan tepung ubi Bahan kisar 6 biji cili kering 2 labu bawang putih 1 cawan bilis / udang Buah pala 1 sudu jintan halus 3 sudu ketumbar 2 biji telur gred B Bahan lain 1 sudu air kapur masak Sebiji kelapa untuk santan Daun kari @ daun limau purut (potong halus) Cara membuatnya 1) Campur kan bahan kisar ke dalam tepung, gaul sebati. 2) Masukkan juga santan, kapur masak dan daun kari, gaul sebati. 3) Panaskan minyak, celup daun bayam brazil ke dalam tepung bancuhan goreng. Petua - Kalau terlalu cair boleh tambah tepung ubi kayu dan jika pekat, tambahkan santan. - Setiap kali mengoreng, kacau-kacau tepung supaya tidak mendak ke bawah. Kalau malas nak campur semua bahan, campur tepung pun dah cukup. Macam mana? Rajin tak nak membuatnya? - CARI |
dua_chzy: Rebus ja bayam tu letak garam sikit ngan bawang putih. Lagi sihat.
dua_chzy replied at 13-10-2020 09:20 PM
Rebus ja bayam tu letak garam sikit ngan bawang putih. Lagi sihat.
ADVERTISEMENT