CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Asal Usul Rokok Yang Mungkin Perokok Sendiri Pun Tak Tahu

13-10-2020 02:27 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5514| Komen: 14



Sumber : Kompas Lifestyle



Merokok adalah salah satu perbuatan yang paling banyak dan kerap dilakukan oleh hampir seluruh penduduk dunia dan kebanyakannya adalah dikalangan kaum lelaki dewasa. 

Pelbagai jenis rokok bermula dari kretek, rokok filter, cerut, vape hinggalah rokok elektrik yang kini mudah ditemukan dan menjadi sebahagian trend dalam kehidupan harian manusia. 

Namun, sejak bila agaknya manusia mula menghisap rokok? Sejarah rokok dimulai di Amerika Selatan pada 4 ribu tahun sebelum masihi. Ketika itu, merokok atau mengunyah tembakau merupakan sebahagian dari ritual dukun dalam mengubat penyakit. 




Selepas beberapa abad kemudian, tembakau mula diperkenalkan di Eropah. Cristopher Colombus menjadi orang Eropah pertama yang menemukan pokok tembakau. Bangsa Eropah kemudian membawa tembakau itu ke serata tempat ketika belayar dilautan.

Sumber : Tobaccoasia.com

Kemudian, para pelaut meniru kebiasaan suku Aborigin yang menggunakan tembakau untuk merokok dengan cara dipadatkan ke dalam pipa (paip) dan cerut. Tembakau yang terkenal dengan aromanya yang wangi, ternyata tidak hanya dinikmati dengan cara dihisap, namun juga dengan cara dihirup. Cara kedua ini dianggap lebih "mesra alam" kerana tidak menghasilkan asap rokok. 

Bahkan, dengan menghirup tembakau juga diyakini dapat mengubati radang hidung. Cara ini banyak digunakan oleh penduduk di Asia, Afrika, Amerika, dan sebahagian Eropah. Satu lagi cara menikmati tembakau adalah dengan cara mengunyah. 

Ini merupakan kebiasaan yang tersebar di kalangan petani Amerika. Saat ini, kebiasaan mengunyah tembakau sering dilakukan para atlet baseball. Penggunaan tembakau kemudian berkembang dengan cara meletakkan tembakau ke dalam sebuah kertas khusus yang dibalut dengan menggunakan tangan. Kemudian rokok pun ditemukan. Dengan cepat cara baru menikmati tembakau ini tersebar dan pada mulanya amat digemari para pelaut dan juga tentera. 

Pada 1830 tembakau yang dibalut di dalam kertas tiba di Perancis dan di negara inilah istilah cigarrete atau rokok pertama kali ditemukan. Namun, mesin pembuat rokok pertama yang dipaternkan adalah buatan Juan Nepomuceno Adorno dari Mexico pada 1847.

Sumber ; cigarinspector.com


Bilangan para perokok mula meningkat dengan pantas di dunia Barat pada abad ke-20. Misalnya, di AS pada awal abad ke-20 tercatat rangkaan rata-rata hanya 54 batang rokok per orang setiap tahun. Namun, pada 1965 rangkaan rokok di Amerika Syarikat melonjak menjadi 4.295 batang per kapita per tahun. Saat itu 50 % kaum lelaki dan 30 % kaum perempuan menghabiskan 100 batang rokok dalam setahun. 

Pada 2000, rangkaan rokok di AS melonjak hingga 2.092 batang per orang per tahun. Dan pada 2016 kembali turun menjadi 1.691 batang rokok per orang per tahun. Namun, secara global jumlah rangkaan rokok di dunia masih amat tinggi iaitu mencapai 5,7 trillion batang rokok setahun. 

Sumber : i.insider.com


Hari demi hari jumlah perokok semakin meningkat termasuklah negara kita walhal umum tahu rokok amat berbahaya untuk kesihatan. 

Selain mengandungi tar dan nikotin, rokok mengandungi lebih daripada 5000 bahan kimia dan sekurang-kurangnya 69 daripadanya akan menyebabkan kanser paru-paru. Bahan-bahan rokok ini juga mempercepatkan proses penuaan.

Jadi wahai perokok, pandanglah orang tersayang dan fikirkanlah masa hadapan. Cuba ikhtiar dan nekad untuk berhenti merokok sebelum terlambat. - CARI



2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 13-10-2020 02:33 PM
dah 3 taun berenti
Quote Mat_Piah 13-10-2020 02:48 PM
hisap rokok daun je jimat!!!
Quote Knowlee 13-10-2020 02:49 PM
zulka: dah 3 taun berenti


Tahniah... {:good
Quote ally9970 13-10-2020 02:53 PM
Dah 9 tahun berhenti merokok....thanks to vape
Quote Nnasda53 13-10-2020 03:13 PM

Good..
Quote nazzse 13-10-2020 03:14 PM
Susah nak percaya janji perokok...banyak auta
Quote husna_amal 13-10-2020 03:29 PM
Gitu sejarahnya rokok. Takde kaitan dengan yahudi pun macam diceritakan selama ni.
Quote nanayaya 13-10-2020 03:31 PM
Harapan setinggi gunung nk husband benti merokok tapi sbb gunung so susah nk stop
Quote Supersirap 13-10-2020 05:02 PM
Nice info, tengah cuba kurangkan merokok
Quote lavendernovella 14-10-2020 02:38 AM
Atuk dalam iklan Malboro tu adalah seorang non smoker.
Quote LH76 14-10-2020 09:02 AM
Biarlah dpt perokok dr dpt husband yg x merokok tp duk mendadih
Quote thessailly 8-11-2020 01:01 AM
Tak hisap rokok pun

1- mati juga
2- kena sakit jantung, kencing manis, obesiti juga
Quote Scheherazade 9-11-2020 11:59 PM
Mcm tu rupanya. Thx tt for sharing
Quote abcdotcom 25-11-2020 04:31 AM
thessailly replied at 8-11-2020 01:01 AM
Tak hisap rokok pun

1- mati juga

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.147130 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top