|
Lelaki warga emas menyedari kematian isterinya selepas terhidu bau hangus. Memetik TribunNews, mayat Suparti, 65, ditemui Mulyadi, 74, selepas memeriksa masakan yang hangus digoreng mangsa.
Difahamkan, Mulyadi kemudian terkejut apabila menemui mayat isterinya di kandang lembu di belakang rumahnya di Bruboh di Sutojayan. Berdasarkan laporan diterima polis, ketika kejadian warga emas itu sedang membaiki basikal jirannya apabila terhidu bau masakan hangus. Dia yang hairan bergegas memeriksa dapur sebelum mendapati cili dan bawang digoreng mangsa sudah hangus, lalu mematikan api. Dia kemudian keluar dari dapur untuk mencari isterinya sebelum menemui tubuh mangsa yang tertiarap di tumpukan jerami. Punca kematian mangsa tidak diketahui, namun polis tidak menolak kemungkinan mangsa terkena serangan jantung. - CARI
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 08:03 AM GMT+8 , Processed in 0.084789 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.