CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ashraf Muslim Kesal Kes Mencanak - "Sekarang Dah Kalut, Patutnya Dari Awal Berjaga-jaga"

14-10-2020 01:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4188| Komen: 13

Peningkatan kes Covid-19 kembali meresahkan rakyat Malaysia. Pelakon dan pengacara Ashraf Muslim menerusi Instagram sebelum ini memberi peringatan kepada masyarakat supaya berhati-hati dan tidak mengambil sambil lewa virus Covid-19.



Kredit foto: IG Asharaf

"Covid tidak mengenal kita siapa. Anda kaya ke? Miskin ke? Datuk ke Tan Sri? Badan sado ke kurus kering? Makan supplement hari-hari atau tak makan? Covid ni belasah semua," pesannya di IG.

Dia bagaimanapun kesal apabila melihat orang ramai mengambil mudah hingga menyebabkan kenaikan mendadak kes positif Covid-19.

"Risau bila melihat segelintir kita ada yang mengambil secara lewa. Sebelum ini, angka semakin berkurangan dan ada yang mengambil kesempatan.

"Dulu masa awal-awal dulu orang nak sanitasi tangan setiap masa, nak jaga jarak, jarang keluar, tapi sekarang, apabila sudah lupa, sambil lewa, akibatnya sekarang kes naik mendadak,


"Rasa-rasanya gelombang kali ini besar dan terlalu cepat berbanding sebelum ini. Bagi saya, ianya sudah menjadi sesuatu yang bahaya sangat untuk mereka yang tak kena.

"Apabila jadi macam ini semua kelam-kabut. Sepatutnya dari peringkat awal sudah kena berjaga-jaga," katanya kepada mStar.



Ashraf sebelum ini dilihat sering memberi peringatan di media sosial kerana dia sudah merasa dan melalui sendiri peritnya selepas dijangkiti wabak itu.

"Saya dah pernah lalui dan rasa macam mana kepayahan dan tertekan. Cuma tidak sakit sehingga ditempatkan di ICU... itu yang saya bersyukur. Bagi saya, semua orang kena tunjuk contoh.

"Walaupun kita dah berjaga-jaga, tapi tetap kita tak tahu. Sebelum ini, di IG pun saya ada cakap, siapa yang balik dari Sabah sebelum 27 September perlu kuarantin, tapi ramai tak buat," ujarnya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote YomiuriLandMae 14-10-2020 01:29 PM
punca kluster PRN sabah.. tu je iols nak cakap..
Quote lavendernovella 14-10-2020 01:54 PM
Elok asrap cakap direct apa yg patut dgn menteri2yg berkaitan.  

Rakyat takder kuasa.
Quote Rogue98 14-10-2020 02:30 PM
Dia ingat orang2 yg balik dari Sabah tu tgk IG dia ke...kelakarnye.
Quote husna_amal 14-10-2020 03:11 PM
Kebanyakkan orang ikut sop yang kerajaan tetap kan. Masalah punca pun dari orang politik tu.
Quote Normabaru 14-10-2020 03:12 PM
Diam la serap..  gigih bg nasihat tp dulu ko pon sama2 bt dekk dgn Sop.. Acah sbb bini doktor so hr tu ingt selamat kot;p

Quote famri7 14-10-2020 04:12 PM
Shut your hole..ko xd beza..terpijak tahi sekali tidak bermaksud anda pakar tahik.
Quote pxlbb 14-10-2020 04:38 PM
Aiseh serap dolu pegi scotland kan masa iols terperap kat rumah angkara pkp.
Quote TabletSusu 14-10-2020 04:41 PM
ko xyah nak acah2 sesuci embun pagi sgt serap aiiii
dulu2 hang seronok jah berjalan scotland smp positif covid ni
Quote RatuDunia94 14-10-2020 07:57 PM
Jangan ingat masyarakat dh lupa kes ko kluster scotland yach.. ko pun g oversea waktu KES TENGAH MENCANAK satu dunia bulan 3 aritu..
Quote loladaily 14-10-2020 09:24 PM
Meols suka heshe ni ada look dlm impian ilyana sunsilk tp lepas kejadian dgn wife benombor tu terus tak beminat.
Quote makadek 14-10-2020 09:31 PM
Aku lgi sebel
Quote nazza2802 16-10-2020 03:21 PM
kalau PRN sabah xde aritu rasanye kes x naik sebanyak ni.. ni seme dasar tamak ahli politik ada jadi mcm ni.. org sbok nak hentikan covid dia sebok ngan politik.. mesti masa kecik2 x puas main game rebut kerusi kan..
Quote damian_lee 16-10-2020 03:38 PM
said someone yang buat pengambaran di negara yang terkena wabak ........ LOL

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.038228 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top