Seorang Instafamous dan model mendakwa mempunyai pipi terbesar di dunia. Lapor Daily Star, Anastasia Pokreshchuk, 39, sudah berhabis 1.5000 pound (RM8,095) bagi rawatan suntikan membesarkan tulang pipinya.
Namun, dia masih belum berpuas hati dengan saiz pipinya itu dan berhasrat membesarkannya lagi. "Kamu mungkin merasakan ia terlalu besar, tetapi bagi saya ia sedikit kecil," katanya. Wanita dari Kiev, Ukraine itu mendedahkan kali pertama dia melakukan suntikan adalah ketika berusia 26 tahun. Empat tahun kemudian, dia sendiri sudah lupa berapa suntikan sudah dilakukannya. "Saya jatuh cinta dengan rupa pipi saya pada kali pertama melakukan suntikan dan saya sangat gembira. Saya tahu ia kelihatan pelik bagi kebanyakan orang, namun saya tidak mempedulikannya," ujarnya. Selain pipi, Anastasia juga melakukan rawatan suntikan botox di dahinya dan membentuk semula rahangnya. - CARI
|
highcastle replied at 15-10-2020 01:16 PM
Manusia camni boleh dikira sakit jiwa juga ke?
che-cikL replied at 15-10-2020 02:46 PM
muka dia macam yang caricaturist selalu lukis kat diorang punya lukisan (karikatur). pipi terkeluar ...
lavendernovella replied at 15-10-2020 01:07 PM
Body dysmorphic disorder. Mungkin dia nak lawan Malaficient.
ADVERTISEMENT