Sakit hati pasangan curang di belakangnya, pengantin perempuan enggan melangkah masuk ke gereja dan membatalkan perkahwinannya di saat akhir. Memetik laporan Daily Star, pengantin wanita itu mengetahui kecurangan pasangannya ketika dalam perjalanan ke gereja di Garki, Abuja di Nigeria, minggu lepas.
Pengantin lelaki dituduh tidur dengan kawan baik pengantin perempuan yang juga sepatutnya menjadi pengapit pada hari bersejarah itu. Rakaman kejadian menunjukkan wanita lengkap bergaun pengantin itu keluar dari kereta dalam keadaan marah dan enggan masuk ke gereja di mana majlis perkahwinan sepatutnya dilangsungkan. Nekad membatalkan majlis perkahwinannya, wanita itu berjalan meninggalkan lokasi berkenaan. Kelihatan lelaki bersut hitam mengejarnya sambil berkata "Tolonglah dengar penjelasan saya..."
Namun, kedengaran wanita itu menegah lelaki terbabit daripada menyentuhnya. Kekecohan itu membuat tetamu keluar dari gereja dan mula merakam 'drama' pasangan terbabit. Menurut laman berita GhPage, keluarga pengantin lelaki gagal memujuk pasangannya meneruskan majlis. - CARI
|
sarah82 replied at 15-10-2020 01:56 PM
antara kesakitan yg paling mendalam..adalah dikhianati kwn yg mengaku sahabat dunia akhirat sailang ...
sarah82 replied at 15-10-2020 01:56 PM
antara kesakitan yg paling mendalam..adalah dikhianati kwn yg mengaku sahabat dunia akhirat sailang ...
mh17 replied at 15-10-2020 03:19 PM
Yayaya.i ada pngalaman,mjur ta smpt kwin!damn!damn!
ShanSunshine replied at 15-10-2020 03:10 PM
Inilah antara satu sebab ada org yg bunuh diri juga.
sarah82 replied at 15-10-2020 03:28 PM
dah laluinya...sakit tu masih terasa sampai skrg...hahahah
mh17 replied at 15-10-2020 06:44 PM
Ye ke?mjur iols x really fallin love btol kak sarah,dia jmpe i ajak kwin..so rupa hari dia ajak io ...
sarah82 replied at 15-10-2020 06:49 PM
kak sarah simple person...kalau tak ada cinta just bgtau..kak sarah takkan tanya kenapa dan mengem ...
ADVERTISEMENT