CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

3 Teori Tentang Wabak COVID-19 Yang Tersebar, Betulkah Ia Tiada Pengakhiran?!

15-10-2020 11:35 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5135| Komen: 18



Angka mereka yang dijangkiti wabak virus korona baharu (COVID-19) mula merangkak ke angka 2 juta.

Dapatkah wabak COVID 19 ini berakhir?

Bermulanya dari Kota Wuhan, jangkitan ini telah menular ke seluruh dunia menyebabkan peningkatan pesat pada angka jangkitan dan kes kematian. 

Wabak COVID-19 telah diisytiharkan pandemik pada pertengahan bulan Mac oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Kini, ramai yang tertanya-tanya, bagaimanakah wabak COVID bakal berakhir?

Terdapat beberapa teori yang telah dikemukakan berkenaan dengan subjek ini.


Teori 1: Tiada pengakhiran bagi wabak COVID-19

Kadar penularan wabak COVID-19 adalah sangat cepat.

Ia berkait rapat dengan nilai R-naught (R0) iaitu jumlah individu sihat yang boleh dijangkiti oleh virus tersebut daripada seorang yang berjangkit.

Kini, nilainya masih berada di antara 2 hingga 3.

Ini bermakna seorang individu berjangkit boleh menyebarkan COVID-19 kepada 2-3 individu yang sihat pada satu masa.

Terdapat seorang pesakit di Hospital Wuhan yang telah menyebarkan jangkitan tersebut kepada lebih 57 individu lain. 



Perkara ini menempatkan COVID-19 sebagai virus yang lebih mudah berjangkit berbanding dengan virus sindrom pernafasan akut teruk (SARS) dan virus sindrom pernafasan timur tengah (MERS).

Menurut Dr Amesh Adalja, Pakar Penyakit Berjangkit dari Universiti Hopkins, berkemungkinan ia tidak mempunyai penghujungnya.

Walau bagaimanapun, perkara ini tidak semestinya bermaksud wabak COVID akan menjadi lebih teruk.

Terdapat 2 kemungkinan berkaitan dengan hal itu:

  1. Seperti jangkitan influenza, COVID-19 berpotensi untuk menjadi jangkitan bermusim. Maknanya, vaksin dan ubat antiviral bagi mereka yang mengalami simptom teruk memainkan peranan penting.
  2. Jangkitan COVID masih ada namun ia tidak akan menyebabkan simptom teruk. Ini boleh berlaku jika ia mengalami proses mutasi yang menurunkan keupayaannya menyebabkan simptom teruk.

Teori 2:  Kadar jangkitan COVID-19 berkurangan dengan sendirinya



Perkara yang pernah berlaku ketika wabak SARS suatu ketika dahulu boleh berulang dengan COVID-19. 

Kedua-duanya berasal dari keluarga sama.

Terdapat pakar yang meramalkan wabak COVID akan menemui nasib sama seperti SARS.

Ia akan perlahan-lahan menjadi kurang agresif dan akhirnya lenyap.

Usaha memutuskan rantaian jangkitan perlu dilakukan secara aktif bagi memastikan COVID dapat dikawal dan penularannya dapat dihentikan.

Oleh sebab SARS tidak seagresif wabak COVID-19, langkah yang diambil itu berkesan dengan cepatnya.

Mungkin perkara ini sukar bagi wabak COVID-19 apabila kita lihat keupayaannya untuk merebak kepada individu lain dengan mudah.

Namun, ia tidak mustahil.

Jika tindakan yang sama ditambah dengan amalan jarak sosial terus dilakukan oleh individu di segenap penjuru dunia, kita bakal menyaksikan penurunan kes sepesat ia sedang meningkat sekarang.

Sampai satu tahap, ia akan menunjukkan corak penurunan yang lebih kurang sama dengan kes influenza H1N1, virus Zika dan SARS. 

Jangkitan tersebut masih wujud di persekitaran namun kadar penularannya tidak tinggi seperti pada peringkat permulaan wabak.


Teori 3: Vaksin dan ubat antiviral tersedia untuk melawan wabak COVID-19



Banyak syarikat di serata dunia yang sedang giat berusaha menyediakan vaksin dan ubat antiviral virus korona yang selamat digunakan oleh orang awam. 

Gilead, salah sebuah syarikat farmasi terbesar di Amerika Syarikat, mempatenkan ubat antiviral remdesivir dan Malaysia merupakan salah satu negara yang akan menggunakan ubat tersebut dalam fasa ujian klinikal.

Syarikat-syarikat terkemuka di dunia seperti Johnson & Johnson dan Novavax sedang bertungkus lumus menyediakan vaksin wabak COVID.

Namun, ia memerlukan sekurang-kurangnya satu tahun sebelum disahkan selamat untuk kegunaan umum.

Ini kerana fasa ujian klinikal bagi vaksin mempunyai beberapa peringkat.

Saintis perlu melihat kepada pelbagai aspek seperti keberkesanan dan kesan sampingan ubat.

Perlumbaan senjata farmakologi ini baik bagi menjaga kebajikan kesihatan sejagat namun, pelaksanaannya tidak boleh dibuat secara gopoh.

Setiap aspek keselamatan dan keberkesanan perlu diberikan perhatian.

Kini, senjata paling berkesan yang boleh kita gunakan bagi melawan wabak COVID adalah amalan cuci tangan secara kerap dan jarak sosial.


Konklusi


Wabak COVID-19 merupakan satu bentuk jangkitan pandemik yang agresif walaupun tidak mempunyai kadar kematian yang tinggi.

Buat masa sekarang, perkara yang perlu anda lakukan adalah ambil tahu dan beri kerjasama bagi membendung wabak jangkitan.

Sekiranya anda menerima sebarang maklumat yang tidak diketahui sumber, semak dan periksanya terlebih dahulu.

Benda yang menular lebih kurang sama banyak dengan wabak virus korona pada masa ini adalah berita palsu.



Sumber : hellodoktor.com



1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salmon-suki 16-10-2020 12:12 AM
Johnson & johnson bukan ke y buat bedak baby tu?{:shy
Quote Kurex 16-10-2020 12:41 AM
Kurex pilih no 3 dgn 2 ...
Quote nanayaya 16-10-2020 12:46 AM
Kita akan hidup selamanya dengan Covid19 ke??
Quote nanayaya 16-10-2020 12:46 AM
Kita akan hidup selamanya dengan Covid19 ke??
Quote rocksteady 16-10-2020 01:31 AM
nanayaya replied at 16-10-2020 12:46 AM
Kita akan hidup selamanya dengan Covid19 ke??



ya lah..sama je macam AIDS..denggi...malaria..apa lagi eh. sejak virus tu serang dunia dulu sampai sekarang mana ada vaksin. cuma beza ngan covid ni, covid senang berjangkit dan kesan serangan dalam 14 hari boleh maut kalau serious



Quote LadyCarefree 16-10-2020 02:58 AM
salmon-suki: Johnson & johnson bukan ke y buat bedak baby tu?{:shy


Ya betul. Dia ada banyak giler product termauk ubat-ubatan. Untuk covid, dia tengah trial vaccine dah stage 3 tapi terpaksa berhenti sebab ada kesan sakit misteri.
Quote epuepy 16-10-2020 09:01 AM
Rasanye covid ni akan slow down jugak one day. Cuma, selagi xde vaksin yg solid, selagi tu la dia akan merebak.

Teringat dulu aku penah nyanyi lagu wawasan 2020. Dgn harapan 2020 Malaysia maju.

Sekali realiti nye thn 2020, penyakit jangkit, 1 dunia lock down, politik macam taik. {:freak
Quote RatuDunia94 16-10-2020 09:36 AM
Virus ciptaan manusia..
Quote fishcracker 16-10-2020 09:56 AM
Menusia perosak bumi pemusnah manusia sejagat
Quote husna_amal 16-10-2020 10:08 AM
Virus covid 19 ni pun semakin berevolusi. Makin lama makin mudah merebak.
Quote febreze 16-10-2020 10:27 AM
side effect lpas pulih dari covid, deria bau takdekk atau berkurang...hurmm
Quote ninjago 16-10-2020 03:15 PM
epuepy replied at 16-10-2020 08:01 AM
Rasanye covid ni akan slow down jugak one day. Cuma, selagi xde vaksin yg solid, selagi tu la dia ak ...

same same same.. masa tu membayangkan wawasan 2020 sbijik cam dalam novel Pulau Indah I baca masa kecik2. maju, ada kereta terbang, ada robot, aman damai, aman sentosa, udara segar. rupanya camnie takdirnya.


Quote epuepy 16-10-2020 03:33 PM
ninjago replied at 16-10-2020 03:15 PM
same same same.. masa tu membayangkan wawasan 2020 sbijik cam dalam novel Pulau Indah I baca masa  ...

Menyesal kecik2 nyanyi lagu tu dgn penuh semangat
Quote abadi84 18-10-2020 08:17 PM
RatuDunia94 replied at 16-10-2020 09:36 AM
Virus ciptaan manusia..

Mmg ko pernah tgk spesimen virus ni yg ko rasa ciptaan manusia?
Quote Perk77 19-10-2020 11:07 PM
epuepy replied at 16-10-2020 09:01 AM
Rasanye covid ni akan slow down jugak one day. Cuma, selagi xde vaksin yg solid, selagi tu la dia ak ...

dunia kena panas sepanas2 nya baru hilang tanpa di sedari oleh kita
Quote Artemesiaa 23-10-2020 02:31 PM
Setiap yang bermula pasti ada pengakhirannya hanya semua belum tahu bila dan pastinya bukan dalam masa terdekat.  Jika dilihat semua masih dalam peringkat ujikaji mau makan tahun baru boleh dapat penawarnya.  
Quote Scheherazade 24-10-2020 07:48 AM
Vaksin mmg ambil masa yg lama nk dibgnkn. Jd semua kena patuh dulu SOP yg ada ni utk jaga diri masing2
Quote diss69 30-10-2020 02:39 PM
ninjago replied at 16-10-2020 03:15 PM
same same same.. masa tu membayangkan wawasan 2020 sbijik cam dalam novel Pulau Indah I baca masa  ...

Kita hanya merancang, Allah dh tentukan... Hnya mmpu berdoa moga covid 19 cpt terhapus dari bumi kita..

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.059695 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top