|
Seorang tukang cuci wanita sanggup minum air dari mangkuk tandas, semata-mata untuk membuktikan kepada majikan bahawa dirinya bekerja keras. The Sun melaporkan, wanita yang dikenali sebagai Luo itu mahu membuktikan dirinya berdedikasi dalam memastikan tandas bersih.
Dalm rakam video yang tular itu, dia dilihat berbual bersama beberapa individu dipercayai ketuanya sebelum mengambil sedikit air dari mangkuk tandas dan meminumnya. Dia kemudian memberitahu, cara tersebut dapat membuktikan dan meyakinkan semua orang dengan hasil kerjanya. Difahamkan, ia berlaku di sebuah kilang membuat baja di Shandong, timur China.
Netizen memuji Luo dan berpendapat sikapnya boleh dijadikan teladan. Namun ada juga berpendapat Luo seorang pengotor dan tindaknnya itu adalah sesuatu yang sia-sia. -CARI
|


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.206675 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.