|
Taksub melampau dengan Donald Trump membuatkan seorang pemuda di India sanggup berpuasa supaya Presiden Amerika Syarikat (AS) itu cepat sembuh daripada jangkitan Covid-19.
Namun segalanya hanya sia-sia apabila Buss Krishna maut terkena serangan jantung disebabkan berpuasa sejak Trump disahkan positif. Media tempatan melaporkan, Krishna dikatakan terlalu fokus berdoa untuk Trump. Ahli keluarganya memberitahu, lelaki tersebut terlalu mengagungkankannya sampai menangis dan bersedih sebaik sahaja mengetahui Trump postif virus berkenaan. Berita itu ternyata memberi impak besar ke atasnya sehingga menjadi tertekan.
Menurut The Sun, Krishna hanya menamtakan puasanya selepas keadaan kesihatan Trump dilaporkan pulih. Malangnya, pada keesokan hari Krishna rebah tidak sedarkan diri kerana tidak tidu selama empat hari dan berpuasa kerana mendoakan Trump. Sebelum ini Krishna pernah menjadi perhatian kerana menganggap Trump sebagai dewa sehingga menghasilkan patung mirip presiden itu. -CARI
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.571207 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.