Masalah obesiti merupakan keadaan kesihatan yang merunsingkan berikutan ia boleh menyebabkan pelbagai komplikasi kesihatan yang mempengaruhi kualiti hidup individu. Malaysia merupakan negara pada kedudukan tertinggi di Asia dalam konteks individu yang mempunyai masalah obesiti dan berat badan berlebihan. Perkara ini bukan sahaja akan mempengaruhi hidup individu yang didiagnosis, malahan negara secara menyeluruh kerana terpaksa membelanjakan sejumlah wang ke arah rawatan penyakit kronik ini. Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut. Peningkatan kes obesiti yang membimbangkanSejajar dengan perkembangan teknologi dunia, jumlah populasi individu yang mempunyai masalah berat badan berlebihan dan obesiti juga meningkat. Ini disebabkan oleh gaya hidup sedentar, pemakanan tidak seimbang dan tidur yang tidak mencukupi dalam kalangan populasi orang dewasa. Menurut Kaji Selidik Morbiditi dan Kesihatan Negara (NHMS) Malaysia, data terbaru yang telah direkodkan oleh NHMS pada tahun 2015 menunjukkan peningkatan berbanding dengan data NHMS pada tahun 2011. Populasi obes di Malaysia berada pada kadar 44.7% daripada jumlah populasi umum. Walaupun jumlah kes obesiti dalam kalangan kanak-kanak tidak teruk berbanding dengan orang dewasa, Malaysia masih menduduki carta 3 teratas bagi negara dengan jumlah tertinggi kanak-kanak terobes di Asia. Menurut Kaji Selidik Nutrisi Kanak-kanak Malaysia yang dijalankan pada tahun 2013, kanak-kanak yang berusia di antara 6 bulan hingga 12 tahun mempunyai kadar obesiti setinggi 11.8%. Ini merupakan satu statistik yang membimbangkan berikutan permasalahan obesiti pada usia muda boleh meningkatkan risiko komplikasi seperti hipertensi dan penyakit jantung seterusnya kematian pramatang. Jika masalah ini tidak dibendung, menjelang tahun 2030, jumlah kanak-kanak yang mempunyai masalah obesiti akan mencecah 250 juta kes dengan negara China mempelopori di tangga teratas. Mungkin punca kepada masalah obesiti buat sesetengah individu kelihatan jelas namun obesiti boleh dipengaruhi oleh faktor genetik dan persekitaran. Menurut Alex Teo, Pengarah Perhubungan Saintifik dan Perkembangan Kajian Asia Pasifik di Herbalife Nutrition, secara amnya, masalah obesiti kebiasaannya disebabkan oleh tabiat pengambilan makanan yang banyak dan kurang bergerak. Faktor seperti pemakanan, aktiviti fizikal, keadaan kesihatan dan kesan sampingan ubat merupakan antara punca utama mengapa seseorang itu mendapat obesiti. Gaya pemakanan tidak seimbangKetidakseimbangan nutrisi makro merupakan salah satu punca mengapa masalah berat badan berlebihan menjadi semakin serius. Pengambilan makanan melebihi saranan jumlah kalori harian di samping jumlah karbohidrat dan makanan berlemak yang tinggi menyebabkan peningkatan pada kebarangkalian untuk mendapat masalah obesiti, hipertensi dan kencing manis. Antara gaya pemakanan yang boleh menyebabkan masalah obesiti adalah:
Gaya hidup tidak aktifMenurut Alex, mereka yang memilih untuk hidup secara tidak aktif berisiko untuk mendapat masalah obesiti. Keseimbangan kalori merupakan salah satu faktor penting yang boleh mempengaruhi kebarangkalian seseorang itu untuk mendapat masalah obesiti. Jika jumlah pengambilan kalori melebihi jumlah penggunaannya, lebihan kalori akan disimpan di dalam badan dalam bentuk lemak. Ini boleh menyebabkan peningkatan kepada insiden penyakit kronik terutamanya obesiti. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyarankan individu untuk melakukan aktiviti fizikal berintensiti sederhana atau lasak sekurang-kurangnya 150 minit seminggu. Bagi kanak-kanak, jumlah masa tersebut tidak mencukupi dan mereka seharusnya bergerak aktif selama 1 jam dalam tempoh masa sehari. Walaupun saranan tersebut kelihatan jelas, pelbagai aspek individu perlu dipertimbangkan dalam penetapan jumlah masa ideal untuk aktiviti fizikal bagi mengekalkan kesihatan pada tahap optimum. Kajian terbaru menunjukkan bahawa 150 minit seminggu tidak mencukupi untuk mencapai objektif tersebut. Walau bagaimanapun, mereka yang melakukan aktiviti senaman secara kerap terhindar daripada risiko obesiti dan penyakit kronik. Keadaan kesihatan boleh sebabkan obesiti?Mereka yang mengalami masalah kesihatan tertentu seperti hipotiroidisme, sindrom Cushing dan polycystic ovarian syndrome berisiko untuk mendapat masalah berat badan berlebihan. Namun jika masalah tersebut telah didiagnosis dan dirawat, ia tidak akan menjadi faktor penghalang kepada keinginan anda untuk menurunkan berat badan. Terdapat juga ubat yang boleh menyebabkan masalah kenaikan berat badan. Penggunaan steroid, ubat antipsikotik dan ubat diabetes, boleh meningkatkan selera makan seterusnya menyebabkan masalah berat badan berlebihan. Bagi individu yang sedang berusaha untuk berhenti merokok, mereka juga boleh mengalami kenaikan berat badan kesan daripada stres. Namun, isu tersebut lama-kelamaan akan hilang apabila badan sudah beradaptasi dengan tabiat yang baru. Faktor genetikRamai yang suka salahkan genetik apabila ditanya berkenaan dengan sebab anda gemuk, kan? Percaya atau tidak, terdapat lebih daripada 400 gen yang telah dikenal pasti boleh menyebabkan masalah berat badan berlebihan dan obesiti. Namun begitu, cuma beberapa gen sahaja yang memberikan kesan yang signifikan terhadap penyakit kronik tersebut. Gen mempengaruhi komposisi lemak badan melalui:
KonklusiMasalah obesiti perlu dibendung memandangkan ia boleh menyebabkan pelbagai jenis masalah kronik. Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan permasalahan ini dan kebiasaannya ia berhubung kait di antara satu sama lain membuatkan proses patologi masalah ini tampak kompleks. Namun begitu, dengan gaya pemakanan seimbang dan peningkatan pada kadar aktiviti fizikal, berat badan boleh dikawal dengan baik. Jika anda mengalami masalah dalam mengawal berat badan, dapatkan khidmat nasihat doktor serta pemeriksaan kesihatan. Sumber : hellodoktor.com |
matbad replied at 17-10-2020 01:01 AM
Anak saudara aku darjah3 60kg
wnwa05 replied at 17-10-2020 01:33 AM
kat malaysia makan nasi..nasi tu kanji cepat gemuk..ko bayangkan pagi pelahap nasi lemak/nasi gore ...
Jitu: mcm mana blh obesiti makan apa yg smpi obesiti tu ? aku masa nak bulky punyalah susah tp sekarang kurus semula malas nak makan banyak2 ngan xda masa ...
wnwa05 replied at 17-10-2020 01:34 AM
masa sekolah bagi aku normal lagi 60kg sebab bila dah remaja akan kurus balik.tak caya tengok
...
helicornia replied at 17-10-2020 10:45 AM
rezeki ko dik susah nak naik berat badan. bukan sume orang badan sama. kt ofis tu pun iols tengok ...
Knowlee replied at 17-10-2020 09:55 AM
NHMS ni dijalankan oleh team researcher kat tempat I. Tapi kat tempat I sendiri berapa banyak yg d ...
insulin replied at 17-10-2020 10:37 PM
Ramai officer yang obese di situ?
Knowlee replied at 17-10-2020 11:57 PM
Ramai... Kita ajak bersenam, semua bagi macam-macam alasan. Tapi bab jamuan, diorg paling committe ...
ADVERTISEMENT