CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Brek Motosikal Mahal Kena Curi, Aliff Satar Mohon Pencuri Bertaubat

17-10-2020 11:08 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 6925| Komen: 20|Original author: Oleh: Saiful

Foto: IG

Aliff Satar kecewa komponen brek motosikalnya dicuri di parkir kondominium tempat tinggalnya.

Penyanyi dan pelakon ini meluahkan kekecewaannya selepas sistem brek pada motosikal model BMW S1000RR itu lesap!


Dia juga sempat mendoakan agar pencuri tersebut segera bertaubat.

"Nak pesan, curi barang orang berdosa. Jangan main-main dengan doa orang teraniaya.

"Parkir dekat kondominium sendiri, motor ada tapi brek tak ada. (Pencuri) potong 'brake harness' dan 'brake calipers'.

"Kalau sesiapa kenal ada orang buat kerja macam ini, nasihatkan dia dan suruh dia bertaubat dan minta maaf dengan orang yang dia aniaya," tulisnya di Instagram. 


Namun dalam masa yang sama Aliff reda.

"Allah nak gantikan dengan lebih baik, insyallah, doakan!" -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nanayaya 17-10-2020 11:41 AM
Mcm husband la naik moto kejap helmet la apa la..xpaham sejenis org suka susahkan hidup org lain ni
Quote Rainrein 17-10-2020 12:11 PM
Tahun lepas kami balik kampung lama sikit, bila balik kl, tengok moto dah togel. Tinggal rangka je. Jahanam betul jenis pencuri macam ni.
Quote najib888 17-10-2020 12:20 PM
Jadi, skrg ni baru hangpa paham kot, pasai pa student2 or mat2 moto suka bawak moto naik lif simpan dalam rumah bila balik kg cuti? Bertahun lamanya depa kena kecam berperangai PPRT.. tapi tu la, biaq je kena kecam daripada melengung bawah flat tgk moto terbarai..
Part sakit hati bila moto kena rembat carburetor.. mostly RXZ & EX5.. lain-lain tu, kena rembat petrol, side mirror biasa la..
Lahanat punya pencuri..
Quote zulka 17-10-2020 02:39 PM
najib888 replied at 17-10-2020 12:20 PM
Jadi, skrg ni baru hangpa paham kot, pasai pa student2 or mat2 moto suka bawak moto naik lif simpan  ...

haha...sokong hanya mat moto yg faham

Quote sleepandream 17-10-2020 02:53 PM
die potong ambik brek tangan kan tu...
condo alif duduk ni org luar bebas keluar masuk ke?
Quote zulka 17-10-2020 03:31 PM
sleepandream replied at 17-10-2020 02:53 PM
die potong ambik brek tangan kan tu...
condo alif duduk ni org luar bebas keluar masuk ke?

brek tangan nak buat apa murah je...
dorang amik brake caliper, contohnya brand brembo:-


Quote LadyCarefree 17-10-2020 08:09 PM
Tadok cctv kah kt parking tu?
Quote cruz2 17-10-2020 09:53 PM
Ada ke pencuri sengkek duduk kondo?samada org yg dikenali @ keje org dlm.iols dulu duduk apt.marhaen area usj pon tmpt parkir ada cctv.dah kita byr mahal2 maintenance fees
Quote RatuDunia94 17-10-2020 09:55 PM
Dulu afdlin shauki pun pernah kena kann.. heols duk area gated ke? Pun boleh ada kes curi yer..
Quote Kerkin 17-10-2020 09:59 PM
InsyaAllah aliff.. moga Allah nak bagi yang lebih baik.
Quote Jitu 17-10-2020 10:24 PM
aik bukan ke org luar xblh masuk
klu org dalam sekejap je dapat cctv ada
Quote kiah_mai_pulak 17-10-2020 10:26 PM
duit bnyak cari lah umah landed... duk kondo ni lah risiko walaupun konon bersecurity
Quote woven11 18-10-2020 12:10 AM
alif satar ni antara artist yg byk jadi brands ambassador product besar2 ya. payment mesti asyukkk, jadi ganti je la baru apadehal
Quote Chekpa 18-10-2020 12:25 AM
Ni kes org dalam yg punya kerja ...
Bukan semua yg duk kondo jenis bertamadun..
Kalau x tak ada la byk unit2 kondo kena pecah masuk...
Belum lagi jenis bunag sampah ke luar balcony
Quote Kancilkering 18-10-2020 08:50 AM
dlu ada org opis ada org tu  duduk pprt ..since ada kes moto curi kat area tu, dia sanggup bawak masuk moto dia ke rumah dia tingkat berbelas belas...tapi dia x dtg kerja sampai kene buang...alasan lift rosak x leh bawak moto turun....
Quote husna_amal 19-10-2020 09:56 AM
Kerja budak2 dadah la ni.
Quote innocent_me 19-10-2020 10:09 AM
woven11 replied at 18-10-2020 12:10 AM
alif satar ni antara artist yg byk jadi brands ambassador product besar2 ya. payment mesti asyukkk,  ...

Masalah dia bukan duit uols.
Tapi menyusahkan. Ingat senang nk baiki motor takde brek?
Nak bawak tak boleh, Kena sewa kereta/lori nk angkut workshop dan kena cari spareparts bagai yang belum tentu ori.
Nak upah org datang rumah bagai bukan senang ye. Keje2 moto rosak ni...makan masa..makan tenaga... otak.
Quote budaktua 19-10-2020 12:05 PM
aku rasa sat lg boss BMW mesti simpati dgn dia... terus ganti dgn model yg lbh baru....

& blh buat iklan tag line;  
Motor mahal... tk dpt motor, dapat brek pun jadi...
Quote matseh 22-10-2020 04:44 PM
Pernah sekali moto aku yg Plet BMW tu. Kat opis. Depa ciluk helmet MS800 aku yg dah buruk tu. Mcm mana nak balik helmet tak ada. Dah la jalan moto sll ada road blok.
LAst resorts. Aku pakai kopiah lebai. Pakai spek itam.
Kalau ada serban, maybe aku akan lilit juga.

Menyusahkan punya penyamun.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 06:03 AM GMT+8 , Processed in 0.046905 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top