CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Aduhai, Pelajar Sekolah Tertipu Makan Coklat Ganja

19-10-2020 02:26 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 2868| Komen: 8|Original author: Oleh: Cari-Azza



Gula-gula bercampur ganja. Ini yang membimbangkan pihak polis di Cumbria England setelah menerima laporan bahawa beberapa kanak-kanak menikmati gula-gula Class-B ini. 

Menurut Daily Star, bungkusan gula-gula tersebut memang menyerupai gula-gula sebenar. Kandungan dadahnya sangat berbahaya dan tidak dibenarkan di Britain. 


Foto : Daily Star

Berikutan itu, seorang lelaki telah ditangkap ketika menuju ke sebuah sekolah. 

Pihak polis memberi amaran kepada ibu bapa supaya mengawasi anak-anak yang mudah terpedaya dengan ajakan rakan-rakan. 


Bagaimanapun, coklat atau gula-gula 'Stoner Patch' yang mengandungi ganja adalah dibenarkan di Amerika Syarikat. 


Foto : Daily Star

Ianya dijual menerusi talian dan dibimbangi ianya diseludup oleh pihak tidak bertanggung jawab ke Britain. 

Nampaknya, masalah ganja dan dadah adalah masalah seantero dunia. Di Malaysia juga pernah digemparkan dengan penjualan bahan terlarang ini kepada pelajar sekolah.

Diharapkan ibu bapa sentiasa memantau anak-anak ya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 19-10-2020 03:08 PM
Gula2 itu diperbuat dari gula

Coklat diperbuat dari biji koko

Dua benda berbeza

TT ni sekolah tak?

Quote Megikari 19-10-2020 03:11 PM
Setau aku geng sskjp je yg panggil gula2 ni coklat
Quote krustykrab 19-10-2020 03:20 PM
Decaffeinated replied at 19-10-2020 03:08 PM
Gula2 itu diperbuat dari gula

Coklat diperbuat dari biji koko

Fyi...org utara mmg panggil gula2 tu coklat ye...
Selipar pun diorg panggil kasut
Quote husna_amal 19-10-2020 03:25 PM
Budak tu lepas makan mesti ketagih dan muka stim khayal je.
Quote Artemesiaa 19-10-2020 03:27 PM
Macam2 cara nak bagi tambah geng dadah baru
Quote Decaffeinated 19-10-2020 03:31 PM
krustykrab replied at 19-10-2020 03:20 PM
Fyi...org utara mmg panggil gula2 tu coklat ye...
Selipar pun diorg panggil kasut

OMG kat utagha takda sekolah ka uols?



Quote RatuDunia94 19-10-2020 04:38 PM
krustykrab: Fyi...org utara mmg panggil gula2 tu coklat ye...Selipar pun diorg panggil kasut


Pastu biskut panggil roti.. pelik sungguh..
Quote krustykrab 19-10-2020 04:39 PM
Decaffeinated replied at 19-10-2020 03:31 PM
OMG kat utagha takda sekolah ka uols?

Tak yah la nak cover kemaluan sendiri ...lol , mungkin kena byk bergaul dgn org2 melayu serata negeri baru blh tau bahasa setiap negeri.ni asik sibuk dgn omputih walaupun hidup kat tanah melayu...

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.305593 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top