|
Dalam satu kejadian mengejutkan, seorang wanita dipenggal suami dan kepalanya diletak di hadapan pintu rumah lelaki didakwa kekasih gelapnya. The News Minute melaporkan, wanita Telangana itu dibunuh dengan kejam oleh suaminya menggunakan kapak sebelum dipenggal di rumah mereka di kampung Anantasagar di daerah Medak pada Rabu lalu.
Jurru Sayilu kemudian membawa kepala Anushamma, 35, ke Narayankhed di daerah Sangareddy iaitu sekitar lima kilometer dari rumah mereka dan meletakkannya di hadapan pintu rumah seorang lelaki disyaki berhubungan intim dengan isterinya. Inspektor Ravinder Reddy berkata, Sayilu sering bertengkar dengan Anushamma berhubung hal ini. Kemuncaknya pada Rabu, Sayilu yang bertengkar dengan isterinya hilang pertimbangan sebelum membunuh dan memenggal kepala mangsa. Manakala, mayat tanpa kepala mangsa dicampak ke kawasan semak berhampiran rumahnya.
Selepas membawa kepala isterinya ke rumah lelaki terbabit, suspek kemudian menyerah diri di balai polis. - CARI
|
insulin: Apa agaknya yang boleh merubah keadaan India ni ya? Pendidikan ke?

bloodyamuk replied at 19-10-2020 02:20 PM
nak ubah 1billion manusia yang diperintah dengan pegangan ugama hindusm dan budaya diorang tu... ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 03:12 PM GMT+8 , Processed in 0.050261 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.