Macam-macam hal pula bila adik Neelofa, Ameera Khan dikatakan sedang berbadan dua. Semuanya bermula apabila Ameera memuat naik gambar di Instagram, mempromosikan pakaian yang dipakainya.
Di ruangan komen ada pula netizen yang komen, "I can see your pretty cute bump."
Ada pula yang mengucapkan tahniah. "Baby bump, congratzz." Tidak mahu netizen terus salah sangka, Ameera memberikan respon dengan menafikan dakwaan tersebut. "I am not pregnant," tulisnya. Sementara itu ramai juga yang mempertahankan Ameera dengan mengatakan, "Tak boleh ke ada nampak bump? Omg, semua orang kena ada perfect body ke?" "That's lemak bump hahaha not baby bump."
Difahamkan netizen tersebut telah pun meminta maaf dengan keterlanjuran kata-katanya. Spekulasi mula timbul abahwa Ameera dah berkahwin apabila dia secara tiba-tiba menghilangkan diri dari media sosial untuk lapan bulan sebelum kembali aktif semula. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|