CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ezurin Khyra Bawa Selori Baju Untuk The House, Jangan Cepat Hakimi Pemakaian Seksinya

20-10-2020 11:55 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 100966| Komen: 527|Original author: Oleh: Saiful

Ezurin Khyra dah sedia nak menerima komen orang ramai apabila kehidupan peribadinya ditayangkan dalam program The House musim keempat.

Katanya kalau sebelum ini hanya boleh lihat hidupnya melalu Instagram, sekarang penonton dapat mengenalinya dengan lebih dekat.





"Melalui Instagram, saya ada kongsi sedikit kehidupan peribadi. Apabila orang ramai menonton program ini, anda semua boleh tahu dari mana saya berasal.

"Dalam kehidupan, kita perlu seimbang. Saya tidak kata saya dan keluarga sempurna. Jadi, anda kena tonton dahulu baru anda boleh lihat sisi saya yang berbeza.

"Saya bukan sekadar sukakan fesyen, sebaliknya, saya juga ibu yang garang," katanya kepada BH Online.

Foto: IG
Tambah Ezurin atau popular dengan nama PrincessE, dia berharap paparannya dalam program tersebut dapat memberi sesuatu yang positif.

Ikon fesyen dan sosialit terkenal ini mengaku mengambil masa hampir setahu untuk bersetuju agar kehidupannya bersama keluarga dipaparkan di kaca TV.


"Anak-anak saya belajar di London. Disebabkan pandemik COVID-19, mereka pulang ke Malaysia. Jadi, saya bersetuju menyertai The House kerana mereka ada di sini.

"Lebih menarik sekiranya saya memaparkan kehidupan bersama anak-anak dan bapa mereka."

Sepanjang program dia bertukar busana paling kurang empat kali sehari.

"Jujurnya, saya memang membawa selori pakaian untuk penggambaran program ini. Seperti kita makan beberapa kali dalam sehari, saya gemar menukar baju paling kurang empat kali sehari.

"Sebab saya suka fesyen, saya rasa tidak lengkap sekiranya saya tidak tukar baju dalam sehari."


Ezurin juga tampil dengan gaya rambut dan solekan berbeza dalam setiap babak yang dirakam.

Sementara itu ramai yang bercakap tentang penampilannya yang seksi.



"Sudah pasti kalau saya pergi ke pantai, saya akan mengenakan pakaian sesuai. Saya rasa anda kena kenali saya dulu sebelum mengadili.

"Cara saya berpakaian bukanlah memberi gambaran sifat dalaman saya. Apa yang kita pakai juga tidak menentukan siapa anda sebenarnya." -CARI
2

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote biozipstar 20-10-2020 11:59 AM
katanya orang, x sabar nak tengok.... aku pun. tolonglah ada kt YT. hehe. aku ada vod, tapi kena tengok kt rumah, leceh sikit.. hehehe
Quote hanezzafirah 20-10-2020 12:05 PM
body dia cantik, nak body mcm ni
Quote umbut 20-10-2020 12:05 PM
Wow... x sabar nak tgk lifestyle socialite...
Quote sarah82 20-10-2020 12:06 PM
Boobs dia cantik..
Quote katibism 20-10-2020 12:08 PM
Bahasa lahar - who r yus model tua sendu kopek silikon
Bahasa kias - kita tunggu je la The House musim baru ni nak tunjuk T20 hidup ala kadar pura-puranya gimana sih
Quote TomyamPuteh 20-10-2020 12:10 PM
Islam ke dia(pertanyaan acik2 pprt Sri sabah jln cheras)
Quote imanda 20-10-2020 12:11 PM
she muka classic lawa but anak2 muka marhaein sgt. whyyyyy
Quote alesandra 20-10-2020 12:11 PM
ramai rupanya anak dia .ingatkan sorang dua je..yg lain2 tu ank tiri
Quote buragazz 20-10-2020 12:11 PM
Dah banyak promo kat Astro tapi sampai kesudah aku tak kenal dia ni.. nampak naw aku ni kertu berjiwa BBNU haha
Quote mimi77 20-10-2020 12:12 PM
siapa dia ni?model senior ka?
Quote misuke 20-10-2020 12:13 PM
motip nk tayang life kertu ni? dah sangap sgt asterok ni. xda ikon lain sgt dh ke
Quote miemiecha 20-10-2020 12:14 PM
mek tgk dah anak2 heshe, desa nan permai ye mukanya...
sobs sobs
Quote alesandra 20-10-2020 12:18 PM
mimi77 replied at 20-10-2020 12:12 PM
siapa dia ni?model senior ka?

ye kot..sezaman dgn nasha aziz  masa baru tgh naik.yg jadi femes tu dia penah kawen dgn kerabat pastu gigih tayang kopek dan lavish lifestyle.itulah pemerhatian iols kalau ke bod sebelah
Quote naksedap 20-10-2020 12:18 PM
Dia ni sape? Tengok kat ig cam close je dgn kerabat selatan
Quote Belibis 20-10-2020 12:20 PM
imanda: she muka classic lawa but anak2 muka marhaein sgt. whyyyyy

Tunggu berduit sendiri,lawa la nanti.
Quote Kurex 20-10-2020 12:20 PM
Aku cuma kenal model gred A macam Naomi Campbell, Linda Evangelista, Cindy,  Kate Moss, Claudia, Gisele, Carla Bruni.. model Malaysia takde sekor aku kenal.
Quote dudaberhias 20-10-2020 12:21 PM
tak sabarnya nak tengok program tunjuk lifestyle orang2 bangsar bubble dan area2 duduk sebelah klcc, bukit tunku and pavillion...
Quote Nnasda53 20-10-2020 12:21 PM
tak kenal dia ni...

Astaghfirullahalazim..baju nya semua jimat2 kain.
Quote hanezzafirah 20-10-2020 12:23 PM
naksedap replied at 20-10-2020 04:18 AM
Dia ni sape? Tengok kat ig cam close je dgn kerabat selatan

suami dia bkn ke kerabat negeri sembilan
ada gosip pasal dia kat board Gosip Para Kenamaan

Lihat semua komen(527)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.177715 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top