|
Seorang model kelahiran Malaysia maut selepas menjalani rawatan sedut lemak di sebuah salon kecantikan di Sunway Velocity Mall, Cheras, Kuala Lumpur.
Harian Metro melaporkan, Coco Siew Zhi Shing, 23, melakukan prosedur yang berharga RM2,500 itu sebagai persediaan untuk mengahwini teman lelakinya yang merupakan warga Afrika Selatan. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly berkata, "Siasatan awal mendapati pusat kecantikan itu berdaftar secara sah, namun tidak mempunyai kepakaran untuk melakukan proses sedut lemak. "Namun, pusat kecantikan yang dimiliki seorang wanita dan anak perempuannya itu tetap meneruskan prosedur sedut lemak berkenaan selepas dikatakan menerima desakan daripada mangsa."
Difahamkan, ketika menerima suntikan di tangan, mangsa mengalami masalah sukar bernafas serta muka dan badannya bertukar menjadi pucat. "Pihak pusat kecantikan itu kemudian menghubungi ambulans dan mangsa dikejarkan ke hospital, namun disahkan meninggal dunia pada jam 5 petang. "Susulan itu, kami menahan dua beranak berkenaan yang masing-masing berusia 49 dan 23 tahun bagi membantu siasatan." Sumber menambah, salon kecantikan itu tidak mempunyai lesen klinik estetik yang sah dan hanya mempunyai lesen sebagai salon kecantikan biasa. Malah doktor yang melakukan prosedur itu juga tidak mempunyai lesen perubatan estetik profesional. "Kedua-dua suspek kini direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 21 Oktober ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana kesalahan menyebabkan kematian tanpa niat." -CARI
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.402900 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.