Baru-baru ini, pada 10 Oktober telah berlangsung majlis merisik puteri sulung kepada pelakon Mas Anizan, Mas Aliza, 25. Majlis yang diadakan di TPC KUala Lumpur itu dihadiri 25 tetamu di kalangan keluarga terdekat kedua-dua belah pihak. Memetik Nona, Mas Anizan, 47, berkata, majlis pertunangan bakal diadakan pada awal tahun depan dan disusuli dengan majlis pernikahan pada hujung tahun. Walaupun perkenalan kedua-dua anak dan bakal tunangnya itu hanya enam bulan, namun Mas Anizan yakin bakal menantunya, Faruq Azran, seorang juruterbang, berjaya menawan hati Mas Aliza. "Dalam sedih akan melepaskan puteri sulung kepada keluarga baru, saya tetap gembira kerana doa yang selama ini dipanjangkan akhirnya dikabulkan. InsyaAllah saya yakin, bakal menantu akan menjaga Baby dengan baik," kata wanita kelahiran Teluk Intan, Perak itu. Selain Mas Aliza, Mas Anizan turut mempunyai seorang anak lelaki, Mohd Masli Danial, 20, hasil perkahwinannya bersama ahli perniagaan, Ali Bapoo. Selang beberapa tahun kehilangan suami, Mas Anizan mendirikan rumah tangga buat kali kedua dan dikurniakan seorang anak perempuan, Ariana Marissa yang kini berusia enam tahun. - CARI
|
Acikgomen replied at 21-10-2020 04:22 PM
Laki baru chuols maneeeeee
Dulu sebelum dia menggedik dgn ijoy anak Maria arshad tuh, dia pern ...
Acikgomen replied at 21-10-2020 04:22 PM
Laki baru chuols maneeeeee
Dulu sebelum dia menggedik dgn ijoy anak Maria arshad tuh, dia pern ...
tagas replied at 21-10-2020 04:47 PM
bakal nantu pilot
tak takut jadik bewak ka
bintangct replied at 21-10-2020 04:32 PM
encem ke kwn acik tu?
mmg cntik kan mas anizan ni masa muda remaja tp syg kawin awal dan dgn sape ...
cmf_premierleag replied at 21-10-2020 04:25 PM
ms dia kawen dgn 1st hasben dulu, aku baca kat urtv la
majlis buat kt kampung mas, teluk intan
sia ...
ADVERTISEMENT