CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bunuh Suami Buta, Berangan Nak Dapat Harta RM2 Juta

21-10-2020 11:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4078| Komen: 17

Semata-mata tamak mahu membolot harta suaminya yang dianggarkan bernilai RM2 juta, seorang wanita tergamak merancang pembunuhan lelaki itu.

Kosmo melaporkan, 1 Oktober lepas, wanita tersebut mengupah adik lelakinya untuk datang ke rumah yang terletak di Jalan Jati, Kampung Sungai Chua bertujuan untuk membunuh.


Namun segalanya terbongkar selepas wanita berusia 45 tahun itu ditahan reman susulan laporan yang dibuatnya, mendakwa mangsa mati akibat disamun individu yang tak dikenali.

Kredit foto: Kosmo
Sumber menyatakan, pada hari kejadian mangsa didatangi lelaki di perkarangan rumah sebelum kepalanya dipukul menggunakan tukul besi selain rantai yang dipakainya telah dilarikan.

Mangsa dimasukkan ke Hospital Kajang namun meninggal pada 10 Oktober lepas.


Sumber menambah, pihaknya mendapati wujud keraguan dalam laporan yang dibuat isteri pertama mangsa.

“Isteri pertama mangsa direman selama tujuh hari dan pada Sabtu lalu baru suspek mengaku telah rancang membunuh suaminya bagi mendapatkan harta.

“Suspek turut mengaku me-ngupah adik lelakinya untuk melakukan pembunuhan tersebut dengan menawarkan upah sebahagian daripada harta milik mangsa."

Suspek akan mendapat aliran tunai milik suaminya berjumlah RM2 juta termasuk RM800,000 daripada insurans ekoran kematian mangsa.

Mangsa yang berusia 59 tahun mengusahakan perniagaan lori dan besi buruk dan merupakan seorang yang cacat penglihatan sejak 20 tahun lalu.

Mangsa juga mempunyai dua orang isteri dan enam orang anak. 

“Tukul besi serta rantai leher mangsa ditanam di kedai besi buruk itu.

“Kedua-dua suspek itu masih dalam tahanan reman dan dijang-ka dituduh di mahkamah pada Khamis ini.”-CARI

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote freakazoid 21-10-2020 11:27 AM
bodoh punya kerja, tengok drama banyak sangat
Quote Skuau 21-10-2020 11:37 AM
freakazoid replied at 21-10-2020 11:27 AM
bodoh punya kerja, tengok drama banyak sangat

ni mesti pilih citer melayu atau tamil...cba tgk citer omputeh...
Quote gadget 21-10-2020 11:49 AM
tahniah polis...padan muka...ingat senang ke nak senang
Quote CiliPadiSedap 21-10-2020 11:50 AM
kes bunuh rebut harta jenayah ekonomi akan kerap berlaku :

> peluang kerja sedikit ( kerajaan xde duit, swasta terpaksa gulung tikar atau kecilkan position sebab covid)
> beban social economy macau scam, bila orang tua muda terjebak macau scam, mlm, skim cepat kaya pieces kek ekonomi akan makin jurang di tambah inflasi dan kos sara hidup
> education tiada nilai-  graduate ramai tapi peluang kerja dan gaji sesuai untuk tampung kos sara hidup makin kurang
> last but not least ilmu kewangan. bila kurang tiada ilmu kewangan hutang makin bertambah gaya hidup bertambah tapi saving berkurang

kesimpulannya benda ni dh jadi satu wabak setiap orang kena hadapi, jadi belajarlah untuk keluar dari kepompong bawah ekonomi. naikkan taraf hidup masing2.

hidup jangan kejar level kehidupan orang lain. orang lain pakai kereta mewah tak bermaksud dia senang dapatkan kereta tu. mungkin dia usaha 20 tahun baru berjaya. mungkin dia agent MLM nak rekrut downline. mungkin dia founder nak rekrut stokis agent

kita jgn lihat dengan mata kasar lihat dari angle lain. berlapang dada. dan fokus track kehidupan masing2.
Quote husna_amal 21-10-2020 11:51 AM
Kemaruk harta sampai sanggup bunuh suami sendiri.
Quote lolen 21-10-2020 11:57 AM
hebatttt...buta2 pon smpai 2 isteri
Quote bambimo 21-10-2020 11:58 AM
Kesian nya mangsa
Quote laksmanabentan 21-10-2020 12:00 PM
lolen replied at 21-10-2020 11:57 AM
hebatttt...buta2 pon smpai 2 isteri

the power of money....
lagi hebat walaupun cacat penglihatan tapi ada business lori tu....
Quote lolen 21-10-2020 12:04 PM
laksmanabentan replied at 21-10-2020 12:00 PM
the power of money....
lagi hebat walaupun cacat penglihatan tapi ada business lori tu....

bisnes lori tu x pelik sbb laki dia buta br 20tahun...bukan dr azali maksudnya

ke dia kawen dua pon dah lebih 20tahun?

Quote Artemesiaa 21-10-2020 12:06 PM
Ada orang suka buat apa saja asal boleh dapat wang dengan cara mudah tapi dalam kes ni malang sebab dah menyebabkan pembunuhan.
Quote mamajawie 21-10-2020 12:06 PM
benang da ada..TT lambat bukak
Quote Belibis 21-10-2020 12:18 PM
lolen: hebatttt...buta2 pon smpai 2 isteri

Mungkin kawin dua sebelum jadi buta.
Quote VirusDetected 21-10-2020 12:19 PM
bini no 2 jugak yg untung
Quote dua_chzy 21-10-2020 02:11 PM
Isteri pertama? Muslim? Akak ingatkan berita luar negara tadi.
Quote Meiizu 21-10-2020 03:21 PM
memang lah polis syak..dah laki tu buta sesaje nak bunuh, penyamun tangkap ikat sudah laaa
Quote Groovykid 25-10-2020 11:29 AM
Bangsa apa ni?
Quote Azizah200 25-10-2020 11:38 AM
It's so greedy...

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.214920 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top