CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nyaris Mati Kebulur Tolak Lamaran Kenalan IG

21-10-2020 01:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4387| Komen: 21

Pelbagai cara dilakukan apabila putus cinta atau cinta tidak kesampaian hingga adakalanya segelintir individu mengambil tindakan drastik sama ada memudaratkan diri sendiri atau orang lain.

Terbaru, seorang wanita di India nyaris kebuluran kerana menolak lamaran lelaki dikenali menerusi Instagram.


Gambar hiasan

Menurut Gulf News seperti dipetik Harian Metro, mangsa berlapar dan dahaga selama tiga hari selepas ditolak ke dalam telaga besar yang sangat dalam di sebuah kampung di Devanahalli.

Wanita berusia 22 tahun itu bernasib baik jeritannya didengari penduduk yang menghubungi pasukan penyelamat.

Mangsa yang dikeluarkan pasukan penyelamat bagaimanapun patah tangan akibat terjatuh ke dalam telaga itu.

Dia mendakwa dibawa ke lokasi kejadian oleh suspek seusia dengannya yang dikenali menerusi laman sosial berkenaan sebulan lalu.


Sebaik tiba di Devanahalli dari kampungnya di Kolar dengan menaiki bas, mangsa dijemput suspek yang menaiki skuter.

"Saya dibawa ke sebuah kampung dan di situ, dia (suspek) meluahkan perasan untuk melamar. Tetapi, saya menolaknya kerana sudah berkahwin dan mempunyai anak lelaki," katanya.

Berikutan kejadian, suspek ditahan untuk membantu siasatan atas percuubaan membunuh. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote idril 21-10-2020 01:12 PM
Edited by idril at 21-10-2020 01:13 PM

amboi achee, dah kawin buat caraa kawin ngaper diikut jantan keleper tu naik skuter th ke mana2
x kena rogol ke, knowing ummah sana kan
Quote freakazoid 21-10-2020 01:22 PM
kira sama-sama tolak la tu, sorang tolak lamaran, sorang tolak masuk telaga.

Win-win situation kata mat salleh
Quote mia31483 21-10-2020 01:40 PM
sapa yg dh kawin? dia ke lelaki tu? klu dia dh knp dh kawen g blind date bagai? aku yg single ni pun duk diam2 time pkpb ni tau...bengong..
Quote newme11 21-10-2020 02:16 PM
hahaha... time ni dok umh diam2 dah la...
Quote sehirkedi 21-10-2020 02:23 PM
Edited by sehirkedi at 21-10-2020 02:29 PM

Nasib baik dapat diselamatkan..
_20201021_142217.JPG Bangalore News: Woman pushed into well by Instagram pal, survives 3 days with fracture | Bengaluru News - Times of India https://timesofindia.indiatimes. ... leshow/78692720.cms
Quote husna_amal 21-10-2020 02:36 PM
Orang india ni mentaliti rendah. Sebab tu dia pandang rendah kat orang perempuan.
Quote palmolive 21-10-2020 02:38 PM
mia31483 replied at 21-10-2020 01:40 PM
sapa yg dh kawin? dia ke lelaki tu? klu dia dh knp dh kawen g blind date bagai? aku yg single ni pun ...

dia si mangsa yg dh kawen..
Quote bloodyamuk 21-10-2020 03:30 PM
mangsa yang dah kawen? bini orang anak satu? udah ngapainnn pegi men ig pastu melayan jejants tak dikenali???

entah2 laki tu bengang kena catfish wakakka
Quote sarah82 21-10-2020 11:15 PM
Wowwww.. Cubaan curang yg jadi bala
Quote dani-rox 21-10-2020 11:25 PM
"Saya dibawa ke sebuah kampung dan di situ, dia (suspek) meluahkan perasan untuk melamar. Tetapi, saya menolaknya kerana sudah berkahwin dan mempunyai anak lelaki," katanya.


wadeheekk

Quote Jitu 21-10-2020 11:26 PM
mula2 rasa kesian tp bila baca sanggup jumpa lelaki lain smpi ikut naik skuter hmmm cash lah
nasib baik xkena rogol
Quote TomyamPuteh 22-10-2020 12:07 AM
X berbaloi. Dh la naik skuter je. Kna tolak msk telaga plak. Lain la klau naik belpaye. Tolak msk gaung pon OK lg
Quote coyote_ugly0911 22-10-2020 07:32 AM
Walaupun aci ni yg carik pasal in the 1st place, i really hope that malang dia tu stakat kne tolak masuk perigi and patah tgn jek... jgn pulak nnti besok2 ade berita sambungan, her husband bakar dia hidop2 dpn org kampung sbb curang..
Quote Kurex 22-10-2020 08:35 AM
Leluhurrrrrr
Quote crossline 22-10-2020 09:24 AM
sehirkedi replied at 21-10-2020 02:23 PM
Nasib baik dapat diselamatkan..
Bangalore News: Woman pushed into well by Instagram pal, survives 3 ...

Macam cantik je mangsa tu berdasarkan pict kabur ni
Quote sehirkedi 8-11-2020 09:29 AM
Edited by sehirkedi at 8-11-2020 09:31 AM

Salah dok melayan..bahaya.nasib baik tak mati
Quote sukacactus 8-11-2020 09:33 AM
Dia marah sebab kena reject ke atau sebab ko tipu dia, alih2 bini org mak org bagai ha!
Quote balakkampung 8-11-2020 09:40 AM
aku plak rasa macam lelaki tu yg dah kawin dan ada anak..sebab tu aci tu tolak...ke alasan jer..yg sebenarnya dalam IG hensem..tapi reality buruks..tu yg aci tak mau..haiii ntah lah...
Quote jazaa100 8-11-2020 11:45 AM
Memula aku pikir, apsal lak blh kebulur sbb tolak lamaran....

Tajuk tt.....


Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 07:18 PM GMT+8 , Processed in 0.355627 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top