CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tikam Anak Lepas Kantoi Berdua-duaan Dengan Kekasih Muda

21-10-2020 04:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4151| Komen: 13

Wanita dari Brazil menikam anaknya hingga maut selepas mangsa melihat dia membawa pulang teman lelaki ke rumah.

Daily Star melaporkan, Lucivania Lopes menikam Jose Carlos Da Silva Junior, 21, di dada selepas mangsa menyerang teman lelakinya itu.



Lucivania Lopes
Kredit foto: Newsflash

Difahamkan, suspek, 37, berdua-duaan dengan teman lelakinya berusia 22 tahun itu di rumahnya di Mutunopolis, Mutunopolis pada malam Jumaat lalu.

Ketua Polis Andre Medeiros berkata, ketika kejadian, wanita itu dan teman lelakinya sedang minum alkohol apabila mangsa yang tinggal bersama neneknya pulang ke rumah melihat mereka berdua-duaan sebelum berlaku pergelutan.

Mengakui membunuh anaknya, Lucivania bagaimanapun mendakwa melakukannya bagi mempertahankan diri selepas mangsa mengamuk dan menyerang teman lelakinya.

"Wanita itu cuba meleraikan, namun dia juga turut diserang mangsa yang hilang pertimbangan sebelum mengambil pisau untuk mempertahankan diri menyebabkan dia tidak sengaja menikam anaknya," katanya.


Jose Carlos Da Silva Junior
Kredit foto: Newsflash

Menurut media tempatan, mangsa yang ditemui penduduk tempatan dibawa ke hospital sebelum meninggal dunia sehari kemudian.

Wanita itu ditahan di tempat kejadian sebaik polis menerima laporan daripada penduduk manakala kekasihnya melarikan diri.

Lucivania berdepan hukuman penjara 30 tahun, jika didapati bersalah melakukan pembunuhan itu. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote obria 21-10-2020 04:06 PM
wow...mak muda lagi
anak dah 21 tahun....

si anak marah la kot, boyprendd mak tua setahun ja dari dia...
Quote buragazz 21-10-2020 04:10 PM
Berwajah Kendu jugak anak dia..
Quote chinta89 21-10-2020 04:20 PM
anak  mati
pakwe pun lari

tak berbaloi
Quote husna_amal 21-10-2020 04:33 PM
Menyesal tak sudah la nampaknya.
Quote Artemesiaa 21-10-2020 04:41 PM
Biasalah mak kalau dah dapat partner baru mana dia peduli anaknya lagi mendera menikam pun sanggup
Quote sarah82 21-10-2020 04:42 PM
Kesian ang dik.. Mak ang lebih penting pucuk muda dari ang sendiri.. RIP
Quote mamajawie 21-10-2020 08:37 PM
Pupus satu jantan berwajah kendu..why jejans berwajah loji taik je yg lama idop di muka bumi nih?{:smile{:smile
Quote biozipstar 22-10-2020 01:34 PM
chinta89 replied at 21-10-2020 04:20 PM
anak  mati
pakwe pun lari

lepastu dia kena penjara 30 tahun... hahhaa... rugi hidop....
Quote epuepy 22-10-2020 03:18 PM
maybe anak dia x le terima. pakwe mak lebih kurang sebaya ngn anak.
Quote Tinot7 22-10-2020 04:57 PM
takziah...
awat anak tinggal dgn nenek?
Quote TomyamPuteh 22-10-2020 08:51 PM
@Kurex dh tgk blom muka ank dia? X smpt nk bersemoga la nmpknya
Quote Kurex 23-10-2020 09:17 AM
TomyamPuteh replied at 22-10-2020 08:51 PM
@Kurex dh tgk blom muka ank dia? X smpt nk bersemoga la nmpknya

Kulop.......
Quote dudaberhias 25-10-2020 01:08 PM
wow pakwe pun mesti lagi herlox muda... besar dari anaknya

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:58 PM GMT+8 , Processed in 0.056360 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top