CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Adakah Anda Termasuk Golongan Sanggup Beratur Panjang Beli Boba, Tapi Buah Tak Nak?

22-10-2020 10:58 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 5996| Komen: 40|Original author: Oleh: Cari-Azza






Antara minuman Boba dan buah-buahan, yang mana satu pilihan anda?

Saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya masyarakat tidak menjadikan alasan buah-buahan mahal, tetapi dalam masa sama mampu membeli minuman boba mendapat reaksi yang pelbagai.

Betul ke buah-buahan murah?


Foto :Twitter

Menurut KKM lagi, ramai yang sanggup beratur panjang semata-mata untuk mendapatkan minuman boba. Jadi, mereka menyeru agar orang yang sama turut sama melaburkan sejumlah wang untuk sihat menerusi pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.


Menggunakan tanda pagar #2hidanganbuahsehari memberikan pelbagai persepsi.


Foto : Twitter

Foto : Majalah Sains

Mungkin apa yang diperkatakan warganet ada benarnya. Ini kerana harga buah-buahan tidaklah semurah seperti yang dicanang. Jadi, perbandingan yang dibuat adalah tidak tepat.


Foto :  Twitter

Foto : Twentytwo

Bagaimanapun, ada yang berkata ini bukan soal mahal atau murah, tetapi lebih kepada persoalan minuman boba lebih mudah kerana ia sedia untuk diminum berbanding buah yang lebih leceh.


"BOBA, sedap untuk diminum, siap dihidang tanpa susah payah mahal sikit tak apa, senang dibawa ke sana ke sini, boleh ajak kawan makan sekali chit chat happy.
BUAH: susah kena potong sendiri, berat kalau angkat sendiri dan kereta letak jauh, setiap kali kalau terfikir nak makan malas"

Jadi, anda yang sedang membaca ni suka boba atau buah-buahan? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 22-10-2020 11:01 AM
Tak beratur.. Sebab kalau aku teringin aku order ja la dari foodpanda..dan juga order buah dari fresh delivery.. Jadi xa ads isu aku beratur demi kedua2 item ni
Quote husna_amal 22-10-2020 11:10 AM
Nak bagi kesedaran untuk kesihatan pun ada je bermacam alasan.
Quote matchstick 22-10-2020 11:10 AM
Boba tu dlm setahun beberapa kali je minum kot.. masalah nya buah pun aku jarang makan. kalau beli buah sampai sebulan duk dlm fridge tak abis2, kecuali pisang. Tapi sayur hijau aku makan. Kira itu je lah source of vitamin aku
Quote kucingitam 22-10-2020 11:18 AM
aku xtau cemana org suka minum boba ni..

aku try beli sekali..ya tohan...manisnya...aku kena tambah air kosong br boleh minum..
Quote J4I 22-10-2020 11:24 AM
Fruitboost kira tak?
Quote little_sis 22-10-2020 11:34 AM
tak pernah beli boba dan seumpamanya.. manis air tu..
Quote Nnasda53 22-10-2020 11:36 AM
memang tak la nak beratur..cuba sekali pun selit2 order dgn kawan je.

buah buahan kadang ramai tak berkira harga beli yang siap potong2 sbb terus makan..kalau beli sebiji2 yg boleh makan ulang2 baru nmpk mahalnya harga buah.
Quote Knowlee 22-10-2020 11:36 AM
I minum Tealive tapi half ice, no sugar. Chastime pun sama.

Yg lain-lain I tak berminat nak beli.

Buah penuh dlm peti ais. Paling suka dragon fruit, epal, pisang, betik, tembikai, nanas, guava. Sedapnyaaaaaaa
Quote krustykrab 22-10-2020 11:52 AM
X prnh teringin nk minum benda2 hipster ni...sbb makanan kegemaran aku hanya nasik, nasik dan nasik je lol
Quote siputpepel 22-10-2020 11:55 AM
Jangan kata beli buah, buat kedondong yang berbuah belakang rumah iols pun iols malas kutip and makan

apetah lagi buah mangga depan rumah. kejap2 gugur ke tanah. lagi tak kuasa nak kutip. kalau kutip pun tak makan

kufur nikmat ke camni?
Quote mamajawie 22-10-2020 12:01 PM
aku xminum boba tapi betul buah2 tempatan lagi mahal dari epal n oren import tu..kat econsave pun jambu batu mahal namati bek la beli epal n oren jahhh..

tapi iollss kalu beli buah sanggup ke aeon sbab situ buah n sayur fresh
Quote Themilo 22-10-2020 12:06 PM
ada 3 jenis buah meols suka. oren naval, epal fuji & dragon fruit.
Quote uda 22-10-2020 12:11 PM
siputpepel replied at 22-10-2020 11:55 AM
Jangan kata beli buah, buat kedondong yang berbuah belakang rumah iols pun iols malas kutip and maka ...

umah u kat mana? Boleh lah I datang untuk kutip
Quote Meiizu 22-10-2020 12:42 PM
Buah kat rumah pun boleh makan, ada je stok kat rumah ...keluar ruamh beli boba laa plak
Quote Lula2 22-10-2020 01:06 PM
I sebenarnya takde la suka boba ni.
Tp kalau tgk post2 macam ni membuatkan i nak beli boba {:laugh
Petang ni nak cari la boba
Quote biozipstar 22-10-2020 01:29 PM
mehlah beli Byoung iols, banyak buah dalamnya. ada 59 ramuan gituewwwwww....

utk tak OT, sejak pkp, iols x sempat beratur utk boba... sbb selalu malas tunggu.
Quote saviour_09 22-10-2020 01:43 PM
8,9 tahun lepas, hari2 aku  mencekik air boba ni

apa ntah nama kiosk tu

sampai 1 hari tu sakit dada gila babs

check up mujur takde apa

doc nasihat kan stop minum maybe sejuk sgt effect ke dada

Quote lavendernovella 22-10-2020 01:56 PM
Suka makan buah... tp rege makin lama makin mahal.
Quote akies 22-10-2020 03:26 PM
Buah kadang2 makan.
Tp lebih makan salad.
Boba minum tp pilih Tealive je.
Itu tak manis bagi tekak aku la.
Just nice.

Kalau teh ais viral tepi jalan tu mmg aku tk beli la.
Nak termuntah sbb manis betul.
Jadi migrain pula aku

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 11:15 PM GMT+8 , Processed in 0.080597 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top