CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

9 Mati Akibat Vaksin, Tapi Korea Selatan Tetap Nak Teruskan

22-10-2020 11:11 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 8170| Komen: 73|Original author: Oleh: Cari-Azza

Sembilan termasuk seorang remaja berusia 17 tahun dan warga emas berusia lingkungan 70-an disahkan meninggal dunia setelah menerima suntikan vaksin selesema di Korea Selatan minggu lepas.


Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak menemui kaitan antara dua kes tersebut, lalu meneruskan program pemvaksinan itu yang dipercayai menguatkan antibodi penerima bagi menghadapi gelombang Covid-19.

Lebih teruk, berita yang baru diterima mengesahkan enam lagi kematian dipercayai akibat vaksin tersebut seperti yang dilaporkan Daily Star.


Foto :Daily Star

Presiden Korea Selatan, Kim Gang-lip berkata, mereka sedang menantikan keputusan siasatan, namun setakat ini tiada ura-ura program vaksin tersebut akan dibatalkan.

"Data yang kami terima mengesahkan tiada kaitan antara kematian dengan program vaksin tersebut," katanya.


Sementara itu, CNA melaporkan beberapa minggu sebelum ini, program vaksinasi peringkat kebangsaan telah digantung dengan mengambil kira faktor keselamatan.

Program yang didakwa khas untuk 19 juta rakyat Korea Selatan sebenarnya telah diberhentikan selama tiga minggu kerana lima juta dos vaksin dijumpai dalam keadaan terdedah dengan suhu bilik ketika proses penghantaran. Jadi, ianya perlu disejuk beku terlebih dahulu sebelum digunakan. 


Foto : AFP

Pihak berkuasa pula menegaskan program pemvaksinan tetap akan diteruskan kerana ia tiada kena mengena dengan kematian tersebut. - CARI
2

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 22-10-2020 11:59 AM
alamak, vaksin terlebih dos ke terlebih racun ni??ommo!!!!1
Quote Levespa 22-10-2020 12:23 PM
dah mati nak teruskan lagi ingat manusia ni guinea pig ke? pastu hantar vaksin berjuta tak ikut prosedur mcm pelik sangat je
Quote ilacantik 22-10-2020 12:30 PM
Boleh jadi mereka ada alahan terhadap beberapa bahan dlm vaksin tersebut. Meols adalah pengguna tegar flu vaksin sejak 10 thn  kebelakangan ni. Meols satu family memang wajib ambil setiap tahun. Kalau tak silap meols, Doctor akan tanya ada allergy terhadap telur atau tidak. Berita dari KorSel ni sangat  tak details, jadi jangan takut dgn flu shot. Golongan antivax memang suka dgn berita macam ni.
Quote Artemesiaa 22-10-2020 12:31 PM
Dah ler masuk musim autumn dan winter tak lama lagi ramai senang kena flu, ada pulak kes macam ni pasti menimbulkan kebimbangan dikalangan masyarakat
Quote Tinot7 22-10-2020 12:44 PM
umo 17 pun kena amik vaksin flu ke?
Quote biozipstar 22-10-2020 01:04 PM
kena amek vaksin flu mcm pnemucocal kalau bebudak. tapi org besar, aku amek vaksin flu biasa aje...
Quote Eliadaisy83 22-10-2020 01:31 PM
Kadang2 ada betulnya ckp golongan antivaks...mana yg tak tahan kena aefi yg bleh memburukkan keadaan lg.
Quote angelofish 22-10-2020 01:52 PM
9 mati pon kata takde kaitan.bodoh sungguh
Quote husna_amal 22-10-2020 02:45 PM
Vaksin pun masih fasa tasting lagi tu.
Quote ~boolean 22-10-2020 03:04 PM
sejak bila nama presiden korea selatan kim gang lip?
Quote sofahani 22-10-2020 03:10 PM
sohih ke ni? kalo yang mati tu dikalangan keluarga sendiri masa tu br ada akai ke x cakap xde kaitan..
Quote zjen 22-10-2020 03:55 PM
sama cam henfon samsung deols yg boleh meletup ...    org korea anti lembab,  deols nak mengalahkan jepun dan cina,   tak kisah cuai asalkan cepat

dah byk kali beli barangan buatan korea,   mostly paling cepat rosak
Quote eyansss 22-10-2020 04:01 PM
Eliadaisy83 replied at 22-10-2020 01:31 PM
Kadang2 ada betulnya ckp golongan antivaks...mana yg tak tahan kena aefi yg bleh memburukkan keadaan ...

yang tentang aefi tu semua faham tapi bila antivak guna alasan aefi padahal percentage terlalu rendah, its unfair...  pastu siap cakap antivak dakyah yahudi la, nak masukkan tracking devices and all la, seribu satu lagi konspirasi sampi menakut2kan orang, tu yang tak sepatutnya...

ada tu, takde alasan pun nak antivak, cuma nak nampak lain dari yang lain...


Quote Eliadaisy83 22-10-2020 05:16 PM
eyansss replied at 22-10-2020 04:01 PM
yang tentang aefi tu semua faham tapi bila antivak guna alasan aefi padahal percentage terlalu ren ...

Kan... kdg2 teori ciptaan mereka memang melampau...sikit2 teori konspirasi bagai cuma bab aefi tu ada gak yg betul..mungkin nasib xbaik
Quote gbam 26-10-2020 04:30 PM
berita terbaru (semalam) dah 48 orang mati akibat flu shot

Singapore halts use of flu vaccines after 48 die in South Korea
South Korea to carry on with the vaccination programme as they found no direct link between the deaths and the shots
https://www.telegraph.co.uk/news ... 48-die-south-korea/
Quote caprut 26-10-2020 04:38 PM
gbam replied at 26-10-2020 04:30 PM
berita terbaru (semalam) dah 48 orang mati akibat flu shot

Singapore halts use of flu vaccines af ...

Flu shot ni bukan da lama ke ada dkt pasaran?
Quote faraway1 26-10-2020 05:36 PM
Risaunya.

Tapi flu shot setiap negara berbeza kan.

Dah banyak tahun tak ambil tapi sebab covid, tahun ni, minggu depan ambil vaccine ni
Quote Itzy 16-12-2020 12:24 AM
ilacantik: Boleh jadi mereka ada alahan terhadap beberapa bahan dlm vaksin tersebut. Meols adalah pengguna tegar flu vaksin sejak 10 thn  kebelakangan ni. Meols  ...


Baca betul2, dia ada tulis vaksin yang diaorang beli ada terdedah kat suhu bilik. Boleh jadi vaksin tu dah rosak dan berbahaya digunakan
Tapi biasa la korea selatan, jenis tak suka membazir nyawa rakyat jadi taruhan. Korea selatan walau modern gila dan maju cam negara barat tapi pemikiran mereka ala2 negara asia tenggara. Kerajaan mereka korup dan berpihak pada orang kaya. Undang2 mereka hanya untuk rakyat miskin, yang kaya selalu terlepas.
Quote Itzy 16-12-2020 12:26 AM
Eliadaisy83: Kadang2 ada betulnya ckp golongan antivaks...mana yg tak tahan kena aefi yg bleh memburukkan keadaan lg.


Itu cakap orang bodoh. Vaksin perlu ambil untuk mengelakkan wabak penyakit yang teruk. Bukan suka2 suntik. Semua antivaksin ni bebal belaka, mereka ni selfish menyusahkan orang lain.

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 11:14 PM GMT+8 , Processed in 0.053747 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top