Dendam dengan bekas suami, seorang ibu tergamak mencampak dua anaknya dari atas jambatan ke Sungai Tigris. Video yang menyaksikan wanita berkenaan membuang anak lelakinya berusia tiga tahun dan anak perempuan dua tahun tular di media sosial.
Portal Gulf News melaporkan, pihak berkuasa negara itu telah menahan wanita tersebut dan mengakui tindakan tersebut sebagai membalas dendam terhadap bekas suami yang menceraikannya. Tragedi dilaporkan berlaku pada 17 Oktober di Jambatan Al Aimmah yang menghubungkan kawasan Adhamiya, wilayah Sunni dengan wilayah Syiah Kadhimiya di Baghdad.
Sementara itu bekas suaminya terkejut dan hanya mampu duduk di tebing sungai memerhatikan pihak berkuasa mencari mayat anaknya. Salah seorang ahli keluarga menyatakan, "Kejahatan ini telah lama dirancang. Sudah hampir dua bulan wanita ini berpisah dengan suaminya. "Pada Januari tahun ini, kami menangkap wanita itu dengan kekasihnya. Kami memulangkan kembali ke rumah ibu bapanya dan memberitahu mereka inilah sikap sebenar anak perempuan anda. "Kami mahu menceraikannya di mahkamah. Mereka bersetuju. Kami tidak pernah memberitahu perkara ini kepada orang lain dan tidak menunjukkan gambar kecurangan kepada sesiapa." -CARI
|
ADVERTISEMENT