CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Bukan Benda Salah Nak Sorok" - Ismail Izzani Tak Nak Rahsia Kisah Cinta

23-10-2020 03:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14368| Komen: 72



Walaupun masih muda, Ismail Izzani enggan merahsiakan hubungan cintanya kerana baginya ia bukan perkara salah yang perlu disembunyikan.

Lapor Berita Harian, Ismail mengakui menjalin hubungan dengan penyanyi baharu, Shalma Eliana yang dikenalinya sejak di bangku sekolah lagi.

Malah, keluarga pun sudah maklum dengan perhubungan mereka berdua.



"Apabila terbuka, kami dapat berkongsi lebih banyak dan apa yang dikongsikan di laman sosial bukan benda buruk. Saya tahu ia tetap ada sisi negatif dan positif, mengikut cara seseorang memandang sebab pandangan setiap orang berbeza.



"Sesetengah orang positif akan nampak kami saling memberikan motivasi antara satu sama lain, apatah lagi kami dalam industri yang sama.

"Memandangkan Shalma masih baru dalam industri dan dia pun sedang membina nama, jadi kami lebih banyak berkongsi soal kerjaya. Malah, kami sentiasa mengingatkan diri perlu fokus pada diri dan kerjaya dahulu," ujarnya.

Menceritakan detik perkenalan mereka, Ismail berkata, dia pada mulanya menyangka Shalma seorang yang bercita rasa tinggi.



"Waktu kami di tingkatan 3, saya pernah keluar dengannya bersama rakan lain dengan hanya berbekalkan RM20 dalam poket. Saya tiada keyakinan nak bercakap dengannya ketika itu.

"Bagaimanapun, Shalma ada menghantar mesej langsung (DM) pada 2018. Dia memberitahu lagu 'cover' pertamanya adalah lagu saya, Sabar. Saya teruja sebab daripada tingkatan 2 saya memerhatikannya.


Kredit foto:Instagram

"Dari situlah, kami mulai berhubungan dan apabila bertemu. Saya terkejut kerana Shalma seorang yang ringkas. Keperibadiannya juga bersahaja, itulah yang membuatkan saya tertarik," dedahnya. - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bluebutter 23-10-2020 03:50 PM
Peluk sakan....


Badan dia si girl ni besar dari wak jani. Badan girl ni sama je zaman now. Girl badan besar (lebih minum susu masa kecil), whilst boys semua zaman ni, melidi..
Quote mieymiey 23-10-2020 03:53 PM
Macam akak form 5 couple dengan adik form 1 jah.
Quote bakingsoda 23-10-2020 03:56 PM
ingat dia nikoh cakap bukan benda salah. muka akak U dgn adik masih sekolah sangat
Quote bondeh 23-10-2020 03:56 PM
mieymiey replied at 23-10-2020 03:53 PM
Macam akak form 5 couple dengan adik form 1 jah.

Berjodohan sampai ke mana kaka...
Quote dudaberhias 23-10-2020 04:03 PM
macam kakak dengan adik jah...

cuma ok la sesuai juga dari minat pepet tua kedut
Quote rosannazmia 23-10-2020 04:05 PM
Kdg2 elok juga sembunyikan kisah cinta mcm idola2 kpop kat korea tu..yela baru nak tumbuh inchi dah duk nayang sana sini..baru hakak pahamm napa depa kat sana suka dating senyap2...
Quote mieymiey 23-10-2020 04:05 PM
bondeh replied at 23-10-2020 03:56 PM
Berjodohan sampai ke mana kaka...

Maksud iols budak pompuan ni yang form 5, mail jani ni form 1 la sis
Quote Belibis 23-10-2020 04:12 PM
dudaberhias: macam kakak dengan adik jah...cuma ok la sesuai juga dari minat pepet tua kedut

Tak baik kata kat intan ladybird kedut..{:childlike
Quote awenda507 23-10-2020 04:15 PM
Salah tu tak la mael..tp annoying sikit umur baru setHun jagung dah sibuk dok share psl cintAn cintun je
Quote husna_amal 23-10-2020 04:22 PM
Amboi dari form 2 lagi dah usha girl ni.
Quote bluebutter 23-10-2020 04:28 PM
Belibis: Tak baik kata kat intan ladybird kedut..{:childlike

Hahahaha.
Quote mamajawie 23-10-2020 04:32 PM
tingkatan 3 ada rm20 dlm poket??kaya ko dek!!

akak duit blanje skola time tingkatan 3 dapat RM2 je hari2..
Quote bondeh 23-10-2020 04:32 PM
mieymiey replied at 23-10-2020 04:05 PM
Maksud iols budak pompuan ni yang form 5, mail jani ni form 1 la sis


Wakakakakak hamponnnn...
Quote kirana_22 23-10-2020 04:33 PM
Dia ni pakai baju apapun tetap lah aura muka tak mandi tu terserlah..  Plis la carik stylist yg boleh groom style kepam dia nih.
Quote Kurex 23-10-2020 04:39 PM
Tahap tu je la retis Malaysia.. sesuai la dihina sangkak sebab balik2 gosip jantan, yg dia nak bahi pendapat, yg dia pasal cinta, lepas tu pasal tudung sarung kaki.. palat la retis Malaysia takde gred. Vuto korang!
Quote rayray28 23-10-2020 05:00 PM
mamajawie replied at 23-10-2020 04:32 PM
tingkatan 3 ada rm20 dlm poket??kaya ko dek!!

akak duit blanje skola time tingkatan 3 dapat RM2 j ...

eee sama laa kita hahaha
Quote YomiuriLandMae 23-10-2020 05:13 PM
koser la dikk.. harap citer psl cinta seiring la dgn citer psl kerjaya ye..
Quote Kerusijati 23-10-2020 05:16 PM
aku x boleh tgk dik mail ni berlakon...mcm kanak2 ribena tp ada otot sado..cam klakar gile
Quote ikanmasin 23-10-2020 05:42 PM
ye lah tu rm20 jer kat poket..cerita kemain lg...

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 12:34 PM GMT+8 , Processed in 0.219469 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top