|
Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menggesa semua pihak terutama warganet supaya berhenti serkap jarang isu penggubahan wang haram dan pelacuran yang dikaitkan dengan selebriti tanah air.
Zakaria Abdul Hamid berkata, pihaknya memandang serius isu berkenaan kerana ia boleh mencemarkan nama baik industri kreatif dan penggiat seni. "FINAS mengingatkan semua pihak terutama pengguna laman sosial supaya tidak bertindak secara serkap jarang dalam membuat kenyataan yang boleh menjatuhkan kredibiliti penggiat industri kreatif. "Sehubungan itu, FINAS memberi sepenuh kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas dalam membuat siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya selaras dengan sistem perundangan negara," katanya dalam kenyataan media. Bagi melancarkan proses siasatan, Finas bersedia beri kerjasama dengan pihak berkuasa. - CARI
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-2-2026 11:39 PM GMT+8 , Processed in 0.155347 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.