Mengaibkan. Biarpun sebelum ini sudah banyak kes penyalahgunaan
gambar dilaporkan, namun masalah sama terus berulang dek pemangsa yang
tidak mengenal erti simpati. Mangsa terbaharu, Myra Nuradli di laman Twitternya menempelak lelaki-lelaki yang telah menyunting wajahnya lalu menggabungkan dengan badan yang berbogel.
Lebih memalukan adalah gambar tersebut diedar ke grup telegram lelaki hidung belang.
Sangat menjelikkan apabila ada juga lelaki yang sanggup membayar
sejumlah wang bagi mendapatkan akses tersebut. Dalam kesedihan
bersulam kemarahan, Myra menegaskan yang bukan dia seorang sahaja
terpalit dengan 'super impose' ini, malahan ramai wanita turut
dilucahkan. "Saya takkan maafkan sesiapa yang save video saya, sebar semua, ianya mengaibkan saya dan keluarga." Netizen turut melontarkan hal sama supaya pihak berwajib bertindak ke atas isu ini. Malahan, boleh dikatakan di pelbagai platform media sosial, golongan durjana ini ada termasuk di YouTube. Sampai
bila wanita terus menjadi mangsa. Sudah sampai masanya pihak berwajib
mencari solusi bagi menyekat kegiatan lelaki gila seks ini. Jangan
biarkan golongan ini bermaharajalela yang akibatnya lebih dasyat lagi. - CARI
|
merahrose: aku rsa leak dr ds account..
vee_zara: Attention seeker la dek non oi. Tak perlu upload video nangis nafikan pun takpe. Buat report polis/skmm pastu bg je statement kat social media.. hang ...
rosasen replied at 28-10-2020 11:32 AM
susah jugak jadi org cantik ni ye
nazzse: Senang cerita tak payah upload gambar sendiri everywhere. Be lowkey & secrective wahai gadis sekalian.
nazzse replied at 28-10-2020 11:25 AM
Senang cerita tak payah upload gambar sendiri everywhere. Be lowkey & secrective wahai gadis sekalia ...
AshKetchum replied at 28-10-2020 01:16 PM
iols sampai banyak kali ulang part 0:34 tu? sangat sangat senonoh? sangat senonoh ke sangat tak seno ...
tagas replied at 28-10-2020 11:22 AM
kisah pulak dia
kat tumblr tu rileks jer besepah pic pompuan melayu tanpa edit
ADVERTISEMENT