CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada Akses Internet, Budak Lelaki Sanggup Ke Sekolah Setiap Hari Siapkan Kerja

25-10-2020 10:49 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 3059| Komen: 13



Disebabkan tidak mempunyai capaian internet di rumah, seorang budak lelaki sanggup berjalan ke sekolah setiap hari bagi membolehkannya mendapat WiFi untuk menyiapkan kerja sekolah.

Jonathon Endecott, 9 berada di luar sekolah setiap hari kerana itu sahaja caranya untuk belajar menerusi talian.

Foto : Daily Star

Ibunya, Angel Endecott menyifatkan Jonathon sebagai anak yang sangat berdikari dan tidak mahu menyusahkan dirinya. Ini kerana Angel kehilangan kerja akibat perintah berkurung di Mexico sebelum ini. Walaupun kini memulakan kerja kembali namun itu masih tidak mencukup mendapatkan capaian internet.


Menurut CNN seperti yang dilaporkan Daily Star, anaknya sangat gembira apabila boleh ke sekolah untuk menyiapkan tugasannya.

"Dia seronok sangat boleh ke sekolah. Lagi pun dia cuma berada di luar bangunan dan berkata saya rasa seperti belajar betul walaupun tiada kawan atau pun cikgu."

Foto : Daily Star

Menurut Angel lagi, jarak rumahnya ke sekolah tidak jauh, jadi dia dan suaminya berasa selamat walaupun Jonathan berada di sama seharian.

"Pengetua dan beberapa orang guru ada datang untuk melihat keadaannya jika dia memerlukan sesuatu."


Foto : Daily Star

Seorang dari guru tersebut, Shelby Dutton melancarkan GoFundMe untuk menolong Jonathon mendapatkan capaian internert dari rumah.

Walaupun pada awalnya, mereka mensasarkan hanya USD2,500 iaitu RM10,400 bagi tujuan tersebut namun jumlah sumbangan yang diterima melebihi nilai tersebut iaitu menghampiri RM52,000.


Foto : Daily Star

Bagaimanapun, Angel menjelaskan yang anaknya tetap akan ke sekolah walaupun sudah ada perkhidmatan internet di rumah. Namun pihak sekolah menjelaskan yang perlu ada orang dewasa menemaninya.

Menceritakan kepada CNN, Jonathon seronok berada di sekolah kerana dia merasakan seperti bersama rakan-rakannya. - CARI



1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 25-10-2020 11:04 AM
Tabah sungguh ang dalam mencari ilmu dik.. Semoga ang jadi manusia yg hebat.. Jgn jadi redneck. = positive vibe


MAKCIK B40 PPRT :
Perghhh.. Aku ingatkan kat negara atas angin pujaan urban berkerak + liberal tahap capaian internet hebat gila.. Rupanya erkkkkkk..makna kata.. Capaian internet ni tak kira negara maju mana pun masih ada mslh rupanya
Quote Artemesiaa 25-10-2020 11:11 AM
Mana2 negara ada je masaalah yang lebih kurang sama.  Walaupun ramai yang membantah tapi sekolah tetap tempat paling sesuai untuk belajar bukan semua murid selesa belajar dari rumah.  Buat mereka yang tak ada capaian internet dirumah pihak sekolah seharusnya membenarkan mereka untuk datang supaya mereka tak tercicir dari pembelajaran atas talian.
Quote sarah82 25-10-2020 11:16 AM
Artemesiaa replied at 25-10-2020 11:11 AM
Mana2 negara ada je masaalah yang lebih kurang sama.  Walaupun ramai yang membantah tapi sekolah tet ...

Bukan budak sekolah saja.. Iols sembang dgn makcik kelmarin.. Budak2 u dia mengajar pun lebih suka masuk fizikal kelas dari online kat rumah.
Quote tripleid 25-10-2020 12:14 PM
sian makcik b40 tu  x tahu mexico negara pprt
Quote suzycutegal 25-10-2020 12:22 PM
Kesiannya anak ni..
Quote HYSB 25-10-2020 02:35 PM
Dia ni macam nampak ibu tunggal biasenye anak lelaki tak ade bapa memang berdikari betul
Quote RatuDunia94 25-10-2020 03:05 PM
Plot twist nak line kuat sbb nk main game
Quote makita 25-10-2020 03:14 PM
RatuDunia94 replied at 25-10-2020 03:05 PM
Plot twist nak line kuat sbb nk main game

Alamak ratu , baru nk puji2 budak ni tetiba ratu potong stim....ye tak ye gak kan....hahaa bdk bape lama sgt dia leh konsentret. Tapi helok la main game dari bercampur tah sapa kat luar sana.tapi tah tah sekolah sebelah umah..jalan 3 min sampai ..baik duk sekolah kan
Quote Tinot7 25-10-2020 05:12 PM
Bau ikan sgt.. nape tanak dok umah kalau dah ada tenet?

Bagaimanapun, Angel menjelaskan yang anaknya tetap akan ke sekolah walaupun sudah ada perkhidmatan internet di rumah.
Quote TomyamPuteh 26-10-2020 12:00 AM
Rumah dia x selesa kot. Lg best dok sklh
Quote husna_amal 26-10-2020 10:27 AM
Sama kisah macam budak sabah belajar atas pokok demi signal internet. Mudah nak dapat perhatian ramai dengan naikkan cerita macam ni kat media sosial. Kalau viral, jadi beruntung sebab  ramai lah pihak nak bagi bantuan.
Quote biozipstar 27-10-2020 07:05 PM
harap2 mmg niat yg betul, dah dibantu segala...
Quote gekkou 27-10-2020 08:18 PM
aku yang ada internet kat rumah ni pun
lebih suka masuk opis sebab internet laju
duduk rumah buat concall kejap2 putus
cait....bayar je mahal

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.094991 second(s), 46 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top