Wanita warga emas ditahan polis selepas membunuh suaminya yang menghidap dementia. Fuji TV melaporkan, Sumiko Noto, 77, mengakui menjerut leher Yukiyoshi, 82, dengan wayar penyambung (extension) di rumah mereka di Kagawa pada 20 Oktober lalu. Suspek mendakwa dia terlalu tertekan menjaga suaminya yang menghidap penyakit Alzheimer. Malah, dia juga mengakui mahu membunuh diri. Difahamkan, anak sulung pasangan itu menemui mayat mangsa terbaring di atas katilnya ketia dia mengunjungi rumah ibu bapanya pada 21 Oktober sebelum menghubungi talian kecemasan. - CARI
|
ADVERTISEMENT