|
Remaja berusia 15 tahun cedera parah selepas jatuh dari balkoni akibat ditolak tiga lelaki. Kejadian di Uttar Pradesh pada Jumaat lalu itu berlaku ketika gadis berkenaan dalam perjalanan pulang sebelum dihampiri tiga lelaki yang cuba melakukan serangan seksual terhadapnya.
Daily Star melaporkan, mangsa ditolak dari balkoni sebuah bangunan selepas dibelasah ketiga-tiga suspek yang berang apabila gadis itu enggan melayan nafsu mereka. Berikutan kejadian, polis daerah Mau menahan kesemua suspek sebaik menerima laporan dibuat keluarga mangsa. Difahamkan, ketiga-tiga suspek berasal dari tempat sama di mana remaja itu tinggal bersama keluarganya. Mangsa dilaporkan kini dirawat di sebuah hospital di Azamgarh. - CARI
|



ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-2-2026 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.057942 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.