Ramai yang masih tak kenal dengan Sissy Iman. Namun ia tidak membuatkan penyanyi ini kecewa atau pun berkecil hati.
Katanya apa yang pasti kerjaya seninya berjalan dengan baik. Bermula dengan penyanyi, wanita yang mempunyai ijazah pendidikan ini sekrang sudah bergelar komposer, guru vokal, pemuzik, pelakon dan pengacara. "Kalau nak kira daripada aspek popular di mata peminat, saya tak nafikan harus meningkatkan usaha lagi. Ia berikutan, belum rezeki saya untuk dikenali ramai dan menjadi perhatian peminat. "Bagaimanapun, saya tak kecil hati nama tak popular seperti selebriti lain. Untuk saya, setakat ini alhamdulillah rezeki dalam kerjaya seni tak putus. Malah, paling utama saya tidak terpalit dengan gosip liar dan cerita sensasi. "Apapun, saya sangat bersyukur dengan perkembangan kerjaya seni sendiri. Sekalipun, ketika ini ada kekangan dalam kerjaya kerana penularan Covid-19, ia adalah ujian untuk kita semua," katanya kepada Harian Metro.
Tambah Sissy, dia yakin dengan rezeki yang sudah ditetapkan Allah. "Disebabkan itu, saya tidak bersikap memilih. Pada saya, asalkan tawaran yang datang itu tidak bertindan dengan aktiviti seni yang sedia ada, pasti dipertimbangkan. Malah, selalunya saya terima saja dan atur semula masa. "Kenapa saya tetap ambil, bukanlah disebabkan tamak, tetapi saya lebih melihat ke arah mahu menimba ilmu dan pengalaman. Bagi saya, lagi seronok untuk mencabar kemampuan bakat sendiri."
Sissy juga lebih selesa tenang dan berfikiran positif. Jadi jika ada kecaman dia tidak endahkan. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|