Keterlaluan! Seorang pereka grafik tempatan, Fahmi Reza dikecam netizen selepas memuat naik satu lukisan yang memaparkan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan di dalam mangkuk tandas. Loading FB Post... Khabarnya, lukisan 'Please use the toilet' adalah reaksi kepada ciapan DG Hisham di laman Twitter apabila seorang rakyat Malaysia bertanya kepada beliau mengenai ahli politik yang tidak mengikut SOP dengan mengambil peribahasa 'kalau guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari'.
Ciapan itu dibalas ringkas oleh DG Hisham dengan meminta mereka untuk menggunakan tandas. Sejak itu, segelintir netizen yang tidak memahami kiasan mula menyerang DG Hisham. Rata-rata netizen meluahkan rasa marah kerana Fahmi Reza seolah tidak menghormati petugas barisan hadapan yang sedang bertarung nyawa ketika ini berjuang melawan COVID-19. Untuk rekod, Fahmi Reza sebelum ini pernah didakwa beberapa kali di mahkamah kerana memuat naik lukisan yang menghina ahli politik termasuk menghina bekas Perdana Menteri, Najib Razak serta ahli kumpulan KPOP terkenal BTS. Lukisan karikatur kadangkala tidak menggambarkan situasi sebenar dan boleh membawa pelbagai maksud tertentu secara artistik. Apapun, kebebasan bersuara jangan disalah guna. - CARI
|
mehmet replied at 26-10-2020 04:35 PM
Kalau tak suka, tutup lah TV.
Patut jamban kan property agent sms wa property. Mana lah agents la ...
Orix replied at 26-10-2020 04:41 PM
entah laaa... iols pn da hilang respect sikit dkt DG Hisham sejak2 menteri2 langgar SOP x ikut SOP, ...
dua_chzy replied at 26-10-2020 04:53 PM
DG Hisham ni pun kemahen marah marhaen awal PKP dulu tanak ikut SOP bagai tapi bila muntri2 buat men ...
ADVERTISEMENT