CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aishah Cerewet 'Warning' Peniaga Henti Guna Fotonya Untuk Produk Kurus? Ini Sebabnya...

27-10-2020 12:39 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 7088| Komen: 22|Original author: Oleh: LilRose

Penyanyi Aishah menggesa pihak menggunakan gambarnya bagi melariskan produk kuruskan badan.

Menerusi entri di Instagramnya semalam, pemilik nama Wan Aishah Wan Ariffin itu memberi amaran kepada individu berkenaan supaya menurunkan iklan dan promosi produk menggunakan gambarnya dalam masa 24 jam.



Kredit foto: IG

Berikutan amaran itu, individu terbabit dipercayai sudah memadam gambar berkenaan.

Aishah bagaimanapun sekali lagi tampil menjelaskan pendiriannya itu.

"Mesti ada juga orang rasa saya ni cerewet sangat bila orang gunakan gambar saya, kan.

"Artis ni kadang-kadang bukan saja dia berniaga dan jual produk, malahan diri dia sendiri adalah produk. Jadi, saya rasa tak patut apabila seorang weight loss coach letak gambar before and after saya.

"Kesian orang yang baca status dan tak tahu saya jalani pembedahan menyertai program individu tersebut. Lepastu tak menjadi.


"Nak berniaga, amalkanlah etika berniaga professional," katanya.




Difahamkan, Aishah yang kini kelihatan lebih sihat dan langsing selepas menjalani pembedahan bariatric dan mengamalkan diet pemakanan sihat. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husna_amal 27-10-2020 12:50 PM
Ada je pihak lain ambil kesempatan.
Quote lattehazelnut 27-10-2020 12:58 PM
Bukan menda baru.. lepas tu alasan, saya nak bg puan rezeki..
Quote dudaberhias 27-10-2020 01:07 PM
bagi iols bagus dia tegur elok2 macamni walaupun orang akan kata ala2 merempan...
tak elok kot menipu orang kurus sebab ikut coaching deorang tu...
dah sah2 dia buat bariatric surgery... takkan kita senang2 nak tipu orang...

coach tu pun mesti sangkak dan perlukan duit sangat2 sampai sanggup makan duit orang dengan hasil menipu
Quote mamajawie 27-10-2020 01:37 PM
bagus la kaka ecah mngaku sheollss potong perut..x macam si terdampar haus nan sendu tu acah2 diet kurma la, diet telur gajah la sbab tu dia slim padahal ptong peghut..
Quote msel 27-10-2020 01:55 PM
Tak berkenannya mask macam tu.. kenapa tak letak renda ropol2 sekali??  {:smile
Quote Kurex 27-10-2020 01:56 PM
Dia dah tak buat aksesori manik dah kan..
Quote tepisket.. 27-10-2020 02:03 PM
Bini bernombor AR pun patut malu ya. Suka suki amik quote seleb lain utk progr IF dia y x bape nak nampak hasilnya tuu..
Quote biozipstar 27-10-2020 02:44 PM
apa kesan kepada procedure yg diambil oleh sheols... tak boleh makan banyak ke?
Quote Tiram 27-10-2020 02:52 PM
Sama la dgn yg menjual produk muka timbang kilo. Dah ambik treatment kat klinik belas2 ribu...aleh2 claim produk dia bagus la apa la... tak citer pon treatment org tu sblm memakai produk dia
Quote sleepandream 27-10-2020 04:14 PM
tapi mmg kurus yach aishah skrg... aritu masa jadi juri GV minggu 1, nampak tok kat sgt gemuk bila aishah duduk sebelah
Quote nazza2802 27-10-2020 05:17 PM
dia ngan mikel ang jek yg mengaku potong perut kan.. retis lain yg dulu mok mok skrg kurus semua x mengaku.. ckp diet la itu ini la.. apa bnde ntah..pastu jual produk kurus..
Quote eyansss 27-10-2020 07:24 PM
biozipstar replied at 27-10-2020 02:44 PM
apa kesan kepada procedure yg diambil oleh sheols... tak boleh makan banyak ke?

katanya takleh makan banyak at one time...  kena makan sikit sangat...  pastu kena makan ubat2...  takleh missed...
Quote salmon-suki 27-10-2020 08:31 PM
mamajawie replied at 27-10-2020 01:37 PM
bagus la kaka ecah mngaku sheollss potong perut..x macam si terdampar haus nan sendu tu acah2 diet k ...

Pastu kuarkn produk kurus kn...so fake
Quote mamajawie 27-10-2020 09:38 PM
salmon-suki replied at 27-10-2020 08:31 PM
Pastu kuarkn produk kurus kn...so fake

Tahnye..mana tak nye org meluat ngan paus terdampar tu..konon slim mkn produk sndri..hanya yg benaks jer yg gi pcaya sheollss ckap tu
Quote biozipstar 28-10-2020 03:22 PM
eyansss replied at 27-10-2020 07:24 PM
katanya takleh makan banyak at one time...  kena makan sikit sangat...  pastu kena makan ubat2...  ...

oh yeke.. kawan aku br buat procedure ni juge... hmm bkn nak apa.. masa sihat makan x hengat dunia.. mcm besok nak kiamat... hmmm
Quote Laksalemak 28-10-2020 03:29 PM
tepisket.. replied at 27-10-2020 02:03 PM
Bini bernombor AR pun patut malu ya. Suka suki amik quote seleb lain utk progr IF dia y x bape nak n ...

Makcik sains tulin ka...jngan dia kata laki dia kurus sbb dia dok jaga diet sudah lea ualll....over nau dia...I suka honey dia stedy jea
Quote rayray28 28-10-2020 03:32 PM
nazza2802 replied at 27-10-2020 05:17 PM
dia ngan mikel ang jek yg mengaku potong perut kan.. retis lain yg dulu mok mok skrg kurus semua x m ...

vicha tu pn mengaku gk..siap ngaku gemok balik sebab dia melantak balik kaw2
Quote Laksalemak 28-10-2020 07:18 PM
dudaberhias replied at 27-10-2020 01:07 PM
bagi iols bagus dia tegur elok2 macamni walaupun orang akan kata ala2 merempan...
tak elok kot meni ...

Betul ape yg aisyah tegur..dah terang2 dia buat bariatric surgery....
Quote haruslah 29-10-2020 07:14 AM
Bagus la mengaku supaya x di manipulate or sendri overclaim produk.
Kang org lain percaya produk2 ni.
I wonder kaum lain ade x jenis makan ubat kurus bagai....ubat putih la....

Btw, cat farish pun nampak dah slim....tkezut i

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.194321 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top