Seorang wanita ditemui mati bersama anak kembarnya berusia tujuh tahun di Washington, Amerika Syarikat. Polis percaya wanita tersebut menembak anak-anaknya sendiri sebelum membunuh diri. Menurut Daily Star, Michele Boudreau Deegan, 55, dipercayai melakukannya kerana sakit hati dengan tuntutan penjagaan anak-anak. Malah, sehari sebelum kejadian, Deegan menulis di Facebook mengenai gejala ibu bapa narsisistik. Menurut penyiasat, Deegan dipercayai menembak anak-anaknya dikatil mereka pada malam jumaat lalu sebelum menamatkan riwayatnya sendiri.
Proses mahkamah yang sedang berlangsung dipercayai antara faktor mencetus kepada pembunuhan tragis itu. Lebih mengejutkan apabila Deegan juga merupakan seorang pakar psikoterapi yang menawarkan rawatan mental seperti kaunseling kepada individu yang memerlukan. Artikel yang dimaksudkan bertajuk "Ibu bapa narsisistik tidak mampu menyayangi anak-anak mereka' sementara video kedua pula bertajuk "Tugas keibubapaan narsisistik adalah perangkap kepada jenayah." Banyak bukti menjurus kepada masalah mentalnya iaitu di bawah kerjaya, Deegan menulis bahawa keganasan bukanlah kemarahan, tetapi strategi untuk menguatkan sesuatu hubungan. Buat masa sekarang, pihak berkuasa Washington masih belum menemui bukti yang mengaitkan pembunuhan tersebut dengan orang lain. - CARI |
ninjago replied at 28-10-2020 11:25 AM
luluh hati tgk muka anak2 dia tu, camne la sanggup dibunuh
so irony someone yg pakar dlm bidang p ...
merahrose replied at 28-10-2020 10:30 AM
klau dia nshat diri sndri tu gila namanya..aku rsa bnda tu normal ja..
Kurex replied at 28-10-2020 11:28 AM
Orang yg memberi nasihat, belum tentu boleh ikut nasihat dia sendiri..
ninjago replied at 28-10-2020 11:37 AM
not really nasihat diri sndiri as in bercakap dgn diri sndiri. tapi dia mesti tau secara teori how ...
dodolgemok replied at 28-10-2020 12:45 PM
Ala tak perlu berteka teki kenapa dia buat walaupon dia pakar psikoterapi. Sedangkan doktor gigi pon ...
ADVERTISEMENT