CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tepat 44 Hari, Akhirnya Sandra Muncul Dalam Mimpi Mama"

28-10-2020 01:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12125| Komen: 93

Kerinduan ibu kepada Allahyarham Sandra Dianne terubat apabila arwah muncul dalam mimpinya selepas 44 hari meninggal dunia.

Menerusi perkongsian ibunya, Nur Syakinah Abdullah di Facebook, dia meluahkan kesyukuran apabila dipertemukan dalam mimpi dengan Sandra.



Foto: IG

"Tepat 44 hari, akhirnya kakak datang juga dalam mimpi mama.Terima kasih nak, mama takkan lupa ciuman yang mama berikan pada kakak dan pelukan tangan kakak memeluk erat badan mama.

"Ia seperti tanda daripada kamu yang memberitahu kamu baik-baik, dan sampai masanya mama pandang ke depan dan berhenti meratapi pemergianmu. Mama akan terus merindui kamu dan bersemadilah dengan tenang bidadariku. Al Fatihah," tulisnya.


Sebelum ini Syakinah kata dia seolah-olah berasakan Sandra ada tawaran menyanyi di tempat yang jauh dan lambat lagi nak balik ke rumah.


Foto: Harian Metro
"Kadang-kadang mama melihat telefon menunggu WhatsApp kakak masuk. Baca semula perbualan kita yang lama, dengar nota suara kakak pada mama, orang takkan mengerti apa perasaan yang mama lalui saat ini.

"Susah untuk mama bangkit semula dari kesedihan ini kakak. Berat mama pun semakin hari makin turun daripada 52 kilogram (kg) mendadak turun ke 46kg. Setiap malam, selama 40 hari juga mama tidur bertemankan air mata," tambahnya.

Ibunya itu akan sentiasa dan tidak akan pernah lupa mendoakan kesejahteraan Sandra yang meninggal dunia disebabkan kemalangan pada 5 September lepas. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 28-10-2020 01:21 PM
rindu pada org yg dah pergi menghadap Ilahi ni, rindu yg tak ada penghjungnya...semog makcik ni tabah hadapi kehilangan anak beliau.
Quote awenda507 28-10-2020 01:28 PM
sarah82 replied at 28-10-2020 01:21 PM
rindu pada org yg dah pergi menghadap Ilahi ni, rindu yg tak ada penghjungnya...semog makcik ni taba ...

Betul tu kak sarah. Makin lama hilang tu makin kuat rindu. Alfatihah buat sandra. Moga mamanya kuat hadapi ujian ni.
Quote sarah82 28-10-2020 01:30 PM
awenda507 replied at 28-10-2020 01:28 PM
Betul tu kak sarah. Makin lama hilang tu makin kuat rindu. Alfatihah buat sandra. Moga mamanya kua ...

org yg pernah rasai kehilangan tau rasa mcm mana...kak sarah dulu hari2 sebelum tido letak kain batik arwah tok kat dada...
Quote lavendernovella 28-10-2020 01:30 PM
sarah82: rindu pada org yg dah pergi menghadap Ilahi ni, rindu yg tak ada penghjungnya...semog makcik ni tabah hadapi kehilangan anak beliau.


Mmg .... sakit sedih tu lain mcm sgt. Tak hilang...
Kadang ada masa happy2 gelak2 tapi dalam hati teringat orang yang dah pergi ... {:cryrun
Quote fahima80 28-10-2020 01:38 PM
Faham sangat perasaan ibu arwah Sandra ni. Semoga ibunya diberi kekuatan dan ketabahan untuk meneruskan hidup.
Quote TomyamPuteh 28-10-2020 01:44 PM
Org yg pernah merasa kehilangan je yg faham apa itu kehilangan. BTW cantik mama arwah Sandra
Quote sarah82 28-10-2020 01:58 PM
lavendernovella replied at 28-10-2020 01:30 PM
Mmg .... sakit sedih tu lain mcm sgt. Tak hilang...
Kadang ada masa happy2 gelak2 tapi dalam h ...

betul...dari luar org tgk iols relax saja...dlm hati...iols sedih sebab kehilangan arwah tok
Quote AshkieLa 28-10-2020 02:02 PM
sedihnya.. semoga arwah baik2 aje di sana.
bykkan doa makcik.. untung sandra masih ade makcik yg masih hidup untuk doakan dia di sana..
sesungguhnya doa seorang  ibu sgt tinggi nilainya..
Quote Nham22 28-10-2020 02:03 PM
sarah82 replied at 28-10-2020 01:21 PM
rindu pada org yg dah pergi menghadap Ilahi ni, rindu yg tak ada penghjungnya...semog makcik ni taba ...

Kesal. Pada. Kerinduan..
Quote sarah82 28-10-2020 02:05 PM
Nham22 replied at 28-10-2020 02:03 PM
Kesal. Pada. Kerinduan..

mungkin la..dah la masa meninggal ada acik penjaga pintu neraka dan syurga mengata mcm2 kat arwah sandra ni kan...terkesan ooo sebagai mak.
Quote haruno_sakura 28-10-2020 02:09 PM
RIndu pd yg dh tiada adalah rindu yg paling sakit
Quote stania83 28-10-2020 02:09 PM
Bolehlah mama sandra bangkit dari kesedihan, kehilangan org tiba tiba boleh jadi gila. Anak pulak tu, kita rasa kita mati dulu tapi yg muda pulak mati

Quote bulalof 28-10-2020 02:11 PM
i feel you...
Quote shahadah00 28-10-2020 02:20 PM
Sakit sangat kan kehilangan orang yg tersayang takleh digambarkan perasaan tu.. hanya orang yg pernah alami saja boleh rasa.. semoga aunty terus kuat menghadapi hari-hari mendatang..
Quote newme11 28-10-2020 02:23 PM
banyak berdoa ya Mak Sandra.....
Quote rosasen 28-10-2020 02:23 PM
arwah abg pn selalu masuk dlm mimpi....huhu
Quote stingerhotshot 28-10-2020 02:25 PM
sarah82 replied at 28-10-2020 01:58 PM
betul...dari luar org tgk iols relax saja...dlm hati...iols sedih sebab kehilangan arwah tok

Kau tersalah bagi dia makan ubat atau has given him overdose jab, sebab terlalu sibuk berforum kewww?

Ishhhhhhh
Quote stingerhotshot 28-10-2020 02:27 PM
Whats the significance of, or if there were to be any, this figure of 44 days?

Ada sesiapa boleh kongsi?
Quote missyL 28-10-2020 02:35 PM
Kesian nye kt mak die.
Bole thu betape rapat mereka mase sandra masih ade.

Semoga arwah ditempatkan dikalangan org beriman. Aminn

Lihat semua komen(93)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.072913 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top