"Alhamdulillah... saya sangat berpuas hati untuk cubaan pertama dalam bidang nyanyian. Bila saya dengar lagu itu, saya rasa nak dengar lagi dan lagi." Datuk Ustaz Kazim Elias meluahkan rasa syukur berpeluang muncul dengan lagu ketuhanan bersama Tuju dan Tyco. Buat pertama kali muncul dengan lagu berjudul Salawat 1442, Ustaz Kazim akui tidak menyangka gurauannya dengan Datuk Norman Abdul Halim menjadi kenyataan.
"Mulanya saya berjumpa dengan Norman untuk pembangunan sekolah yang dia nak buat... lepas itu saja bergurau minta dia buat satu lagu. Tak sangka, dia buat betul-betul. "Pada awalnya saya gemuruh juga sebab mana saya tahu nak nyanyi dengan betul. Bila menyanyi ini kekoklah sikit," katanya kepada mStar.
Sementara itu, Tuju, 24, mendedahkan dia meluahkan perjalanan hidupnya yang belum pernah dikongsikan menerusi lirik rap dalam lagu itu. "Salawat 1442 saya berupaya untuk meluahkan perasaan saya dengan lebih jelas sekaligus berkongsi cerita tentang perjalanan hidup saya yang dulu hingga kini, dalam usaha saya menjadi insan yang lebih baik. "Saya memang sukakan sesuatu perkara yang baru dan mencabar. Dalam semua penglibatan saya menghasilkan muzik, ini kali pertama saya beranikan diri untuk tampil bukan hanya dalam muzik, malahan dalam kehidupan sebenar," katanya.
Manakala, Tyco yang kembali selepas 12 tahun berdiam diri berharap lagu yang berbeza berbanding karya sebelum ini dapat memberi impak kepada pendengar. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|