CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siti Nordiana Ada Sikap Wanita Kampung, Aura 'Mak-Mak'-Punca Ramai Lelaki Muda Tertarik?

29-10-2020 12:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 24380| Komen: 181

Sikap wanita kampung dan aura 'mak-mak' yang dimilikanya menjadi sebab Siti Nordiana mudah menjadi tarikan selebriti lelaki yang lebih muda.

Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana pernah dikaitkan mesra dan rapat dengan lelaki muda seperti Khai Bahar, Fikry Ibrahim dan Syafiq Farhain.


Namun Nana kata hubungan rapat yang terjalin adalah sekadar rakan satu bidang kerjaya berikutan mudah berkongsi pandangan terhadap industri seni.

Foto: IG
"Dari faktor usia, memang saya berusia daripada mereka. Status pula, saya pun seorang ibu, jadi wajarlah ada sifat 'mak mak' itu. Malah, saya juga memang berasal dari kampung, termasuk pernah mendapat gelaran 'penyanyi kampung'.  Tapi, taklah sampai saya mampu jadi tarikan lelaki muda.


"Pada saya, kami semua bersahabat. Tak salah pun jalinkan hubungan baik dan mesra dengan ramai orang. Saya sendiri sudah ada pengalaman ketika nama berada di puncak, kemudian jatuh dan sekarang mendapat sokongan peminat semula.




"Jadi, dengan pengalaman ini saya sedia berkongsi dengan sesiapa saja selebriti tidak kira lelaki atau wanita jika mereka mahukan pandangan. Bagi saya, wajar bersahabat untuk berkongsi kebaikan," katanya kepada Harian Metro.

Tambahnya jika dia rapat dengan mana-mana rakan artis, bukanlah niatnya untuk menumpang populariti mereka.


"Pada saya, peminat atau orang ramai berhak menyokong dan memilih selebriti yang diminati. Malah, sikap baik saya pada selebriti lelaki muda ini bukan berbaur peribadi atau nak mencari jodoh. Untuk saya, cukup sekadar saling menyokong sebagai rakan sesama selebriti. Lagipun jodoh itu rahsia Allah."-CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 29-10-2020 12:57 PM
Lagi banyak cerita jantan berebut dia dari cerita hasil seni dia..........
Quote lattehazelnut 29-10-2020 12:58 PM
Sukati kau lah.. Yang penting bukan laki orang..
Quote Aunty_Acid 29-10-2020 01:03 PM
Mmg betul
Bos aku minat betul dgn nana ni, bos aku ni bekas retis, dia kata nana ni retis yg baik, x mcm org lain skandal sana sini, pandai jg maruah katanya.

Bos aku kata, kalau nana ajak kawin dgn dia, dia pun nk, tp bos aku umo dlm 50 thn
Quote zehra2 29-10-2020 01:07 PM
haaa.
yg gossip pun sama bujang.
Quote silampumeja 29-10-2020 01:08 PM
Tak kisahlah dia sendu dah ke, apa ke sekarang... Tp i setuju dia jenis tak lebih2... Sederhana. Mgkin didikan mak ayah pun baik jua ni. Pengalaman, orang-orang sekeliling... Product banyak sangat, kerap sangat muncul ke, banyak jugak orang tak suka.. tgk mcm tokti.. tak semua orng suka pun.. so for me, nana is just ok.... I pun memang dh lama tak fllow dia sangat , tp dia kekalkan kesederhanaan dia tu oklah for me . Positif
Quote kirana_22 29-10-2020 01:12 PM
Setakat ni nampak la nana ni jenis pandai jaga diri...
Quote CiliPadiSedap 29-10-2020 01:15 PM
nana pandai bawa diri aura positive dia magnitude tinggi
Quote fadz84 29-10-2020 01:17 PM
Aunty_Acid replied at 29-10-2020 01:03 PM
Mmg betul
Bos aku minat betul dgn nana ni, bos aku ni bekas retis, dia kata nana ni retis yg baik,  ...

Wow sape boss uols tu aunty.. hehe
Quote anony-mous 29-10-2020 01:25 PM
Yg ni baru la suit definisi muka basic
Quote guesswho09 29-10-2020 01:33 PM
Aunty_Acid replied at 29-10-2020 01:03 PM
Mmg betul
Bos aku minat betul dgn nana ni, bos aku ni bekas retis, dia kata nana ni retis yg baik,  ...

Your boss single ka?
Quote tiesza169 29-10-2020 01:37 PM
Aunty_Acid replied at 29-10-2020 01:03 PM
Mmg betul
Bos aku minat betul dgn nana ni, bos aku ni bekas retis, dia kata nana ni retis yg baik,  ...

Siapa bos tu aunty... Nak gak tau... Mak aku pun minat nana ni
Quote Orix 29-10-2020 01:38 PM
iols pernah baca buku perjalanan kisah hidup sheols.... boleh katakan sadiss jua lah hidup Nana ni bab hati n perasaan... n yes, sheols ni punya pemikiran lebih kurang tokti jah, sejenis cepat redha n x berdendam.... cuma Nana lebih garang iols rs....
Quote lavendernovella 29-10-2020 01:39 PM
When man found peace in a woman , tak kira lah umur berapa atau rupa apapun perempuan tu.{:childlike
Quote nmi 29-10-2020 01:44 PM
Iols ok jer dgn nana nie cuma iols tak get it her aura Yang ramai org suka nie..nak Kata berlakon best iols Rasa ok2 jer, nyanyi pun biasa2..cantik pun oklah, gedik sometimes tapi ramai sgt suka dier nie Yang iols tak faham kenapa..
Quote nuhanis 29-10-2020 01:44 PM
Nana antara artis yang tak sampai hati nak ngata. Tibeer
Quote Aunty_Acid 29-10-2020 02:33 PM
fadz84 replied at 29-10-2020 05:17 AM
Wow sape boss uols tu aunty.. hehe


Bos aku citer dulu dia retis berkumpulan awal2 80an, dia ada bgtau nama grp dia tp aku x kenal pun nama grp tu hahahaha
Quote Aunty_Acid 29-10-2020 02:34 PM
guesswho09 replied at 29-10-2020 05:33 AM
Your boss single ka?


Dah kawin anak 5
Quote Aunty_Acid 29-10-2020 02:37 PM
tiesza169 replied at 29-10-2020 05:37 AM
Siapa bos tu aunty... Nak gak tau... Mak aku pun minat nana ni

Bos aku dulu retis berkumpulan, bos aku ada bgtau nama grp dia tp aku x kenal pun nama grp dia, bos aju kata dulu2 dia pernah buat show sama nana

Bos aku kata dia ada join fc nana
Quote Aunty_Acid 29-10-2020 02:38 PM
nuhanis replied at 29-10-2020 05:44 AM
Nana antara artis yang tak sampai hati nak ngata. Tibeer

.
.
.
Kheun...

Lihat semua komen(181)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.381441 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top