Kecoh di Dewan Rakyat apabila ahli Parlimen Bintulu dari parti Gabungan Parti Sarawak (GPS) iaitu Dato Seri Tiong King Sing mempersoalkan kredibiliti Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Menurutnya, Dr Noor Hisham dilihat seolah-olah lepas tangan dan tidak turun padang ketika pandemik Covid-19 melanda negara. King Sing menyentuh tentang kes Covid-19 di Sabah yang semakin teruk, namun mempertikaikan mengapa Dr Noor Hisham tidak pernah 'turun padang'. "KP takut mati?"
Tambahnya, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempunyai kelemahan dalam menangani pandemik Covid-19 yang dilihat menjejaskan sumber ekonomi rakyat. "DG hari-hari buat (sidang akhbar) buat apa. Budak pejabat pun boleh baca... kenapa dia tak turun melawat tiap-tiap hospital, hospital sementara, pergi tengok bagi sokongan moral kepada petugas. "Jangan hanya hantar doktor dan jururawat. Mereka tak takut mati tapi DG takut mati... timbalan DG pun tak pergi. Apa sudah jadi. Tak usahlah hari-hari nak buat publisiti," katanya yang dipetik dari Harian Metro. Bagaimanapun MP PN - BN & Duta Khas Perdana Menteri ke China itu enggan menarik balik kata-katanya selepas didesak MP DAP. Keceluparan mulut Tiong yang juga Duta Khas Kepada Perdana Menteri ke Republik Rakyat China bertaraf menteri itu mencetuskan kemarahan beberapa Ahli Parlimen yang memintanya menghormati pegawai kerajaan dan tidak mengkritik Noor Hisham. Suasana dalam Dewan Rakyat akhirnya menjadi semakin tegang apabila wakil-wakil pembangkang Pakatan Harapan meminta Tion King Sing memohon maaf dan menarik balik tuduhan tersebut. RSN Rayer (Jelutong) bertindak mencelah kerana tidak berpuas hati. Kenyataan Tiong King Sing mengaitkan Ketua Pengarah Kesihatan adalah kurang beretika sehingga mencetuskan kemarahan dan sensitiviti. Akhirnya RSN Rayer diarahkan Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk keluar dari dewan kerana keengganan beliau duduk selepas diarahkan berbuat demikian. Menangani COVID-19 bukan hanya terletak di bahu Pengarah Kesihatan Tan Sri Hisham semata mata, kesedaran kita sebagai rakyat dan juga sikap bertanggungjawab ahli-ahli politik juga memainkan peranan yang penting dalam menangani penularannya. - CARI |
dizekni replied at 11-11-2020 05:02 PM
Memang tak layak jadi MP tambi ni
elok la jadi pengganas LTTE je
dizekni replied at 11-11-2020 09:02 AM
Memang tak layak jadi MP tambi ni
elok la jadi pengganas LTTE je
dizekni replied at 11-11-2020 05:02 PM
Memang tak layak jadi MP tambi ni
elok la jadi pengganas LTTE je
bangcak replied at 11-11-2020 06:39 PM
mp tambi tu marah mp lain kutuk dg hisham. uol seronok ke org kutuk dg hisham??
ResellerMaxis replied at 11-11-2020 06:49 PM
Dah kenapa si tambi ni nak menyibuk bila bintulu cakap benda betul? Dg ni memang dah jadi tali b ...
bangcak replied at 11-11-2020 06:58 PM
sbb dg tu penjawat awam je.
sama mcm bang non.
lepas heol tembak bajet 2021 cukup2,
Atata replied at 11-11-2020 07:14 PM
Yg bintulu tu kenapa mmg sengaja mengundang provokasi
dodifarid replied at 11-11-2020 05:09 PM
Tapi dalam isu ni dia betul.. Takkan kalau dia buat benda betul pun nak hentam, macam tak matang j ...
ADVERTISEMENT